awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Malaysia perkukuh kerjasama dengan Timor-Leste, sokong hasrat sertai ASEAN
DUNIA
Bhumjaithai tarik diri dari gabungan Thailand akibat kontroversi panggilan telefon
SUKAN
Piala Negara-Negara FIH 2025: Impian Speedy Tigers ke separuh akhir lebur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Malaysia cadang tubuh sekretariat pendidikan tinggi ASEAN

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
18/06/2025
15:08 MYT
Malaysia cadang tubuh sekretariat pendidikan tinggi ASEAN
Jelas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir cadangan baharu ini akan melibatkan penyertaan menyeluruh universiti-universiti awam di negara anggota.
LANGKAWI : Malaysia mencadangkan penubuhan sebuah sekretariat pendidikan tinggi ASEAN yang bakal diterajui Malaysia bagi menyelaras kerjasama serantau dan memperkukuh hala tuju pendidikan tinggi ASEAN secara bersepadu.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, berkata sehingga kini masih belum wujud satu platform khusus yang inklusif untuk sektor pendidikan tinggi di peringkat ASEAN.
“Walaupun ASEAN University Network (AUN) sudah lama wujud, ia masih terbatas kepada kerjasama antara universiti tertentu.
“Tapi apa yang kita nak buatkan ini adalah supaya semua universiti-universiti yang ada dalam negara ASEAN khususnya universiti-universiti yang dimiliki oleh kerajaan iaitu IPTA dapat berada dalam satu platform yang sama,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Forum Pendidikan Tinggi ASEAN: Pembangunan Bakat dan Teknologi Baharu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) di sini, hari ini.
Jelas beliau, cadangan baharu ini akan melibatkan penyertaan menyeluruh universiti-universiti awam di negara anggota, sekali gus membuka ruang kepada rangkaian kerjasama yang lebih luas dan menyeluruh.
Malaysia turut menyatakan kesediaan untuk menjadi tuan rumah kepada sekretariat tersebut dan mengambil langkah awal bagi memacu penyelarasan sistem pendidikan tinggi di rantau ini.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#Zambry Abdul Kadir
#Langkawi
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami