Malaysia dan China boleh memberikan sumbangan besar ke arah memacukan agenda Asia dengan meneruskan tradisi kerjasama mereka dalam mengejar cita-cita bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat.
Beliau berkata memandangkan Asia memainkan peranan penting dalam hal-ehwal dunia, keputusan yang dibuat di peringkat negara, dua hala dan serantau akan mempunyai impak mendalam kepada ekonomi global.
"Kita boleh tunjuk menerusi tindakan kita yang pengaruh Asia akan melahirkan keamanan dan kemakmuran - di negara kita, rantau kita dan dunia kita.
"Sama ada mengenai hubungan perdagangan dua hala ataupun usaha antarabangsa untuk membina ekonomi global lebih mapan, kita lebih kuat apabila kita bekerjasama," kata perdana menteri dalam ucaptama di Persidangan Ekonomi Malaysia-China.
Turut hadir ialah Presiden China Xi Jinping. Xi tiba di Malaysia semalam bagi lawatan negara selama tiga hari.
Najib berkata program lima tahun untuk kerjasama ekonomi dan perdagangan yang ditandatangani oleh kedua-dua menteri perdagangan turut menandakan permulaan peringkat baharu hubungan di antara kedua-dua negara.
"Dan ia menetapkan matlamat jelas kepentingan bersama kita: merapatkan hubungan dua hala dan ekonomi; menghasilkan kerjasama kukuh antara kedua-dua negara," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan.
Program itu akan menyaksikan dagangan dua hala kedua-dua negara mencecah AS$160 bilion menjelang akhir tahun kelima.
Najib berkata bidang kerjasama yang diliputi termasuk pertanian, tenaga dan sumber mineral; pembuatan dan kejuruteraan.
Perdana Menteri turut berkata presiden China itu telah berkongsi sentimen sama dengan beliau dan menzahirkan pertemuan mereka menggunakan ungkapan Mandarin, bermakna "sekali jumpa dah rasa macam kawan lama".
Najib berkata hubungan di antara kedua-dua negara telah terjalin lama tetapi telah bertambah kukuh pada masa ini.
"Dengan terus bekerjasama dalam usaha mencapai matlamat bersama, kita boleh memacu pembangunan dan kemajuan; bukan hanya di negara kita, tetapi rantau kita dan dunia. Impian China dan janji Asia boleh dipenuhi bersama," kata beliau.
Bagi memudahkan perdagangan, Najib berkata terdapatnya keperluan untuk terus mempromosikan perjanjian pengaturan tukaran mata wang dua hala antara Malaysia dan China di kalangan komuniti perniagaan.
Perdana menteri berkata Malaysia ialah negara pertama di luar China menggunakan renminbi dengan bank pusat menjadi bank pertama di Asean memegang rizab renminbi.
"2.3 peratus perdagangan dunia menggunakan renminbi di Malaysia, tetapi hanya segelintir usahawan menyedari ia boleh dilakukan. Kita perlu berusaha lagi untuk mendalamkan dan mempromosikan kerjasama monetari seumpama ini. Ia boleh memberi manfaat untuk kedua-dua buah negara kita," kata beliau.
Selain daripada itu, perdana menteri turut berterima kasih kepada kerajaan China atas sokongan dan peluang yang diberikan kepada syarikat Malaysia dan mengharapkan lebih banyak pelaburan di masa hadapan di bawah kepimpinan China yang baharu.
"Dalam kita menantikan pembentukan Komuniti Ekonomi Asean dan kesemua peluang yang boleh direalisasikan, kita gembira, China di bawah kepimpinan baharu Presiden Xi dan kumpulannya akan terus aktif menjalinkan kerjasama ekonomi strategik di Asia Tenggara; membina keamanan, kemakmuran dan kestabilan di rantau ini," kata Najib.
Beliau berkata bersama-sama, China dan Asean membina kawasan perdagangan bebas terbesar, dengan Perjanjian Perdagangan Bebas China-Asean, berpopulasi 1.9 bilion di pasaran bernilai US$6 trilion.
Perdagangan Asean-China ialah US$8 bilion semasa hubungan terjalin pada 1991 tetapi ia berkembang pesat kepada US$318.6 bilion setakat tahun lepas.
Seramai 1,000 delegasi dari China mewakili 100 syarikat menghadiri persidangan itu.
Bernama
Fri Oct 04 2013
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.
Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.
Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar
Serangan dron oleh Iran ke atas Israel tidak akan berlaku sekiranya rejim Zionis itu menghentikan kedegilan dan kerakusan membunuh dan menyerang rakyat Palestin.
MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards
Venue pertama dibina khas di Malaysia untuk mesyuarat, persidangan, pameran dan acara gaya hidup yang merangkul anugerah berprestij itu.
Bursa Malaysia lepasi paras 1,500 selepas setahun
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah melepasi paras 1,500 mata.