BEIJING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri China Ding Xuexiang, di Vila 5, Rumah Tamu Negara Diaoyutai, di sini.
Pertemuan itu sempena lawatan rasmi beliau yang pertama ke republik berkenaan bermula 22 Mei hingga esok, atas jemputan Xuexiang.
Kedua-dua rakan sejawat mengadakan mesyuarat selama kira-kira 45 minit.
Dalam ucapan ringkasnya Xuexiang mengalu-alukan kehadiran Ahmad Zahid serta rombongannya dan beliau amat menghargai lawatan itu.
“Lawatan ini amat bermakna kerana China dan Malaysia sedang meraikan hubungan diplomatik ke-50 tahun," katanya.
Beliau juga menghargai Ahmad Zahid sebagai seorang ahli politik berpengalaman dan memberi sumbangan positif hubungan diplomatik Malaysia-China.
Timbalan Perdana Menteri China itu berkata, beliau amat menghargai lawatan Ahmad Zahid yang bermula di Hong Kong, Shenzhen dan Shanghai sekaligus merapatkan hubungan rakyat kedua-dua negara.
"Malaysia merupakan jiran yang rapat, sahabat yang akrab sejak hubungan diplomatik dijalin 50 tahun lalu," tambahnya lagi.
Dalam ucapan alu-aluan Ahmad Zahid berkata, beliau amat berterima kasih atas undangan Xuexiang untuk lawatan rasmi ke China kali ini.
“Lawatan yang bermula d Hong Kong, Shenzhen dan Shanghai berjaya mengukuhkan hubungan kerjasama terutama dalam bidang teknologi dan TVET.
“Ini jelas mencerminkan hubungan yang terjalin sejak 1974 itu sudah berkembang menjadi semangat keakraban yang mendalam, hasil daripada wawasan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak dan rakan sejawatannya dari China, Perdana Menteri Zhao Enlai," katanya.
Bertitik tolak daripada perjanjian yang dimeterai pada 31 Mei 1974, turut menjadi satu catatan sejarah kerana menjadikan Malaysia sebagai negara pertama ASEANmenjalin hubungan diplomatik dengan China sebelum Beijing memulakan dasar pembaharuan pada 1978.
Ahmad Zahid berkata, ulang tahun ini menjadi kejayaan bermakna bagi Malaysia, apa lagi yang pertama untuk mana-mana negara Asia Tenggara dengan bertindak menjalin hubungan dengan China yang ketika itu sebahagian besarnya terasing daripada masyarakat antarabangsa.
Turut sama dalam pertemuan itu Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin, Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad, Setiausaha Bahagian Asia Timur, Kementerian Luar Negeri, Datuk Tarid Sufian, dan Pengerusi MARA Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Nazri Kahar
Fri May 31 2024
Ahmad Zahid berjabat tangan dengan Xuexiang semasa pertemuan mereka di Beijing pada Jumaat. - Foto Fariz Iswadi
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
China, Malaysia perlu tingkatkan komunikasi, penyelarasan dalam pelbagai isu - Duta
China dan Malaysia perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau dan menyokong satu sama lain dengan baik.
Kepelbagaian diplomatik Malaysia bentuk semula hala tuju strategik ASEAN - Penganalisis
Usaha kepelbagaian Malaysia seperti hubungannya dengan BRICS, menawarkan perspektif baharu untuk perancangan strategik ASEAN.
Presiden Peru Boluarte tegaskan hubungan diplomatik yang erat dengan Malaysia
Presiden Peru menekankan hubungan diplomatik yang kukuh antara Peru dan Malaysia pada Rabu, semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia.
[KOLUMNIS] Abad Turkiye, hubungan lebih erat dengan Malaysia
Turkiye dan Malaysia, berkongsi hubungan dua hala yang berakar umbi, dengan sejarah persaudaraan sejak hubungan antara Empayar Uthmaniyyah dan Kepulauan Melayu pada abad ke-16.
Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed adakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia
Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed Ali dijadual mengadakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia dari Jumaat (25 Okt) hingga Sabtu (26 Okt).
Filipina dan Malaysia rai 60 tahun hubungan diplomatik
Acara dihadiri Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Enrique Manalo dan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai tetamu kehormat.
Malaysia secara rasmi jalin hubungan diplomatik dengan Andorra
Andorra ialah sebuah negara kecil yang tidak mempunyai akses laut, terletak di pergunungan Pyrenees antara Sepanyol dan Perancis.
Agong bertemu dua pemimpin tertinggi China hari ini
Sultan Ibrahim hari ini dijadualkan mengadakan pertemuan dengan dua pemimpin tertinggi China, iaitu Presiden Xi Jinping dan Premier Li Qiang.
China menantikan Lawatan Negara pertama Agong selepas 10 tahun - Duta
Selepas 10 tahun, Lawatan Negara Sultan Ibrahim ke China detik yang dinantikan kedua-dua negara yang menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.
Arab Saudi tidak akan jalin hubungan dengan Israel tanpa Palestin - Putera Mahkota
Kerajaan Arab Saudi tidak akan berhenti daripada menubuhkan negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis timur sebagai ibu kotanya.