Malaysia terus berada di landasan yang tepat untuk muncul sebagai ekonomi digital sepenuhnya susulan komitmen mengupayakan Industri 4.0 (IR4.0) seperti diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2019.
Naib Presiden Gartner Research, Tervinderjit Singh berkata kerajaan pimpinan Pakatan Harapan telah mencatatkan kemajuan yang baik dalam menyediakan negara, yang akan menyumbang kepada penerimagunaan teknologi secara lebih luas seperti Objek Rangkaian Internet (IoT), pendigitalan dan automasi.
Beliau berkata, peruntukan RM210 juta untuk membantu peralihan perniagaan kepada IR4.0 menerusi Program Penilaian Kesediaan mengukuhkan komitmen kerajaan untuk mempelbagaikan kemahiran tenaga kerja.
"Berdasarkan Agenda Ketua Pegawai Maklumat (CIO) 2018 Gartner, para CIO menyenaraikan kekurangan bakat dan kemahiran sebagai antara kekangan utama ke arah transformasi digital dalam organisasi. Kami yakin usaha ini adalah langkah tepat untuk menangani masalah itu," katanya dalam kenyataan.
Tervinderjit juga berkata bantuan kewangan sebanyak RM2 bilion untuk menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akhirnya akan membuka pasaran baharu bagi industri itu.
"Ini akan terus disokong oleh keputusan kerajaan untuk melabur RM3 bilion dalam Dana Transformasi Pendigitalan Industri bagi memacu pelaksanaan teknologi pintar termasuk automasi dan kecerdasan buatan," katanya.
Sementara itu, Pengurus Negara NetApp bagi Malaysia dan Brunei, Azrin Abd Shukor yakin tumpuan kerajaan kepada pengukuhan infrastruktur melalui Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara serta pengagihan spektrum jalur lebar yang lebih berkesan akan memastikan setiap perniagaan, organisasi kerajaan dan paling penting rakyat, boleh memanfaatkan nilai sebenar data mereka secara pantas, berkesan dan selamat.
"Kami mengalu-alukan usaha kerajaan memperkenalkan Industry4WRD. Peralihan Malaysia ke arah IR4.0 tidak akan berjaya jika hanya melibatkan NetApp, peserta utama teknologi atau kerajaan semata-mata.
"Justeru itu, kami memuji usaha kerajaan memperkasa PKS untuk menerima revolusi digital melalui peluang pembiayaan bagi mereka melabur dalam automasi dan teknologi baharu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 02 2018

Tumpuan kerajaan kepada pengukuhan infrastruktur melalui Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara akan memastikan setiap perniagaan, organisasi kerajaan dan rakyat, boleh memanfaatkan nilai sebenar data mereka. - Gambar hiasan

Jose Maurinho dipecat Tottenham
Jose Mourinho telah dipecat Tottenham Hotspurs hari ini setelah dibawa masuk berbincang dengan pihak kelab, perkara itu disahkan The Telegraph.

Johor harap pertemuan PM-Hsien Loong bawa berita positif
Johor mengharapkan berita positif menerusi pertemuan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong.

Cerita Sebalik Berita: 100 Hari Darurat | Pakar ekonmi ber amaran ‘kesan memudaratkan’
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Cerita Sebalik Berita: Harga Ayam Naik | Apa langkah kerajaan untuk kawal harga?
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Cucu bekas Menteri Besar Terengganu berbasikal jadi penghantar makanan
Kelibat seorang remaja perempuan yang berbasikal ketika menghantar makanan ditempah pelanggan sejak dua bulan lepas sering mencuri perhatian penduduk sekitar di sini.

COVID-19 | 0.003% petugas kesihatan positif selepas divaksin
Kadar Kebolehjangkitan COVID-19 dalam kalangan petugas barisan hadapan kesihatan yang menerima dua dos suntikan vaksin hanya 0.003 peratus. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin sembilan petugas barisan hadapan kesihatan yang didapati positif wabak itu tidak mengalami sebarang gejala teruk atau ringan. Jelas beliau, ia mencerminkan keberkesanan vaksin dalam menangani risiko jangkitan, maut dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

COVID-19 | Penggunaan AstraZeneca ditentukan pada khamis
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) akan bermesyuarat pada Khamis untuk menentukan penggunaan vaksin AstraZeneca. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan mesyuarat itu akan memutuskan perkara berkenaan.

Darurat tidak beri kesan kepada ekonomi - Penganalisis
Prof Madya Mohd Yusof Saari menegaskan, ekonomi negara terkesan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan kerana darurat.

Agong ucap tahniah kejayaan dua pelajar Malaysia dalam peperiksaan ACCA
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar muda Malaysia atas kejayaan mereka menjadi antara 10 teratas dunia dalam pepe

COVID-19 | Perniagaan zon merah dihadkan hingga 10 malam
Sementara itu Abang Johari juga memutuskan masa operasi bagi perniagaan di zon merah kembali dihadkan sehingga jam 10 malam sahaja mulai hari ini untuk tempoh dua minggu. Katanya, penting untuk mengambil strategi yang seimbang bagi memastikan kesihatan awam dan ekonomi rakyat terjaga.

Malaysia di landasan tepat menjadi ekonomi digital sepenuhnya
Kerajaan pimpinan PH mencatatkan kemajuan yang baik dalam menyediakan negara, yang akan menyumbang kepada penerimagunaan teknologi secara lebih luas seperti IoT, pendigitalan dan automasi.