KUCHING: Malaysia berada di landasan tepat untuk mendapat 'lampu hijau' daripada Kesatuan Eropah (EU) bagi mengiktiraf piawaian Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata kepimpinan EU dijangka mengumumkan perkara tersebut selewat-lewatnya Jun depan.
"Kita (Malaysia) mahu MSPO diiktiraf supaya pekebun kecil tidak tersisih atau terpinggir dengan Peraturan Produk Bebas Penebangan hutan Kesatuan Eropah (EUDR).
"Ini perkhabaran baik...apabila MSPO kita diiktiraf maknanya produk komoditi tempatan yang kita keluarkan tidak perlu diaudit mereka," katanya selepas majlis penyerahan geran tahunan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan Parlimen Petra Jaya 2024, di sini, hari ini.
Beliau berkata perkhabaran baik itu dikongsikan menerusi sesi sumbang saran (brainstorming) bersama delegasi EU yang telah berada di negeri ini sejak Rabu lepas bagi program Hari Perniagaan serta Pelancaran Invest Malaysia di bandar raya ini.
Pada Mei tahun lepas, Fadillah pada ketika itu memegang portfolio Menteri Perladangan dan Komoditi mengadakan lawatan rasmi serta misi perdagangan ke Brussels, Belgium bagi menjelaskan pendirian negara-negara anggota Majlis Negara-Negara Pengeluar Sawit (CPOPC) mengenai pelaksanaan EUDR.
Sebagai ahli CPOPC, Malaysia komited untuk terbabit secara aktif dalam platform berkenaan dan meneruskan agenda menentang kempen negatif negara Barat terhadap minyak sawit.
Terdahulu, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya menyampaikan sejumlah RM255,000 geran kepada 85 JKKK di bawah parlimennya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 17 2024
Fadillah menyampaikan geran kepada penerima pada Majlis Penyerahan Geran Tahunan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parlimen Petra Jaya 2024 hari ini. - Foto Bernama
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
AWANI Tonight: Batu Puteh RCI: PM dismisses persecution claims against Tun M
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim clarified that the Royal Commission of Inquiry on the Batu Puteh case was not to target Tun Dr. Mahathir Mohamad, noting that the special task force was formed under Datuk Seri Ismail Sabri's administration.
AWANI Tonight: Indonesia’s Prabowo mulls scrapping regional elections to cut costs
Indonesian President Prabowo Subianto suggests doing away with one of the country’s two nationwide elections to cut costs, resembling a model used during the country’s three-decade authoritarian rule.
AWANI Ringkas: Musa Aman bakal TYT Sabah baharu?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Malaysia di landasan tepat untuk dapat pengiktirafan MSPO daripada EU - TPM Fadillah
Malaysia berada di landasan tepat untuk mendapat 'lampu hijau' daripada Kesatuan Eropah (EU) bagi mengiktiraf piawaian Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dalam masa terdekat.
Malaysia harus sebar luas inisiatif kelestarian minyak sawitnya - Pakar
Pakar antarabangsa berkata Malaysia mesti secara agresif menguar-uarkan inisiatif kelestarian minyak sawitnya.