awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia dijangka dapat jana hasil pertanian mencukupi menjelang 2050 - TPM

Tan Su Lin
Tan Su Lin
11/12/2016
06:28 MYT
Malaysia dijangka dapat jana hasil pertanian mencukupi menjelang 2050 - TPM
Menerusi Transformasi Negara, TN50, negara mampu menghasilkan makanan bukan sahaja untuk kegunaan tempatan tetapi boleh dieksport ke luar negara. - Gambar fail
Menjelang tahun 2050, negara dijangka dapat menjana hasil pertanian yang mencukupi bagi menampung 50 juta penduduk.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menerusi Transformasi Negara, TN50, negara mampu menghasilkan makanan bukan sahaja untuk kegunaan tempatan tetapi boleh dieksport ke luar negara.
"Apabila dilancarkan Transformasi Nasional (TN50) kita berharap negara kita yang ketika itu akan mempunyai 50 juta penduduk tidak perlu mengimport makanan daripada luar malah makanan dari dalam negara bukan sahaja cukup untuk kegunaan tempatan tetapi boleh dieksport keluar negara dengan kualiti dan teknologi terbaik yang dihasilkan Kementerian Pertanian dan agensi dibawahnya," katanya ketika merasmikan majlis penutup Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 di sini, hari ini.
MAHA2016 yang bermula sejak 1 Disember bakal melabuh tirai malam ini setelah berlangsung selama 11 hari di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.
Setakat pagi tadi, sejumlah 3.4 juta orang yang mengunjungi MAHA 2016 dan dijangka angka itu akan meningkat kepada 3.8 juta malam nanti menjadikannya MAHA 2016 penganjuran dengan pengunjung paling ramai dan jualan paling tinggi dicatatkan.
Topic Berkaitan
#MAHA
#pertanian
#TN50
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan