KUALA LUMPUR:Ekonomi Malaysia dijangka pulih tahun hadapan, dipacu oleh sokongan domestik meskipun kekangan yang dialami pada 2020 akan berterusan ke tahun 2021 dan sedikit sebanyak memberi kesan kepada unjuran pertumbuhan.
Ketika membentangkan tinjauan pasaran untuk 2021 di sini hari ini, MIDF Research berkata, pandemik COVID-19 akan kekal menjadi ancaman terbesar kepada pemulihan ekonomi, diikuti oleh isu-isu lain seperti peningkatan dasar perlindungan, ketegangan geopolitik, ketidakstabilan politik dan harga komoditi yang tidak menentu.
"Namun begitu, kami berpendapat ekonomi Malaysia mampu berkembang sebanyak tujuh peratus tahun ke tahun pada 2021, iaitu dalam lingkungan unjuran pertumbuhan antara Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan pada 6.5 peratus hingga 7.5 peratus," katanya dalam satu taklimat yang diadakan hari ini.
Ia menambah permintaan domestik dijangka dapat mendorong pemulihan ekonomi ketika kegiatan ekonomi kembali digerakkan dan sentimen bertambah baik sementara penggunaan dan pelaburan swasta diunjur melantun tahun depan.
"Berdasarkan kepada data September 2020, penjualan runcit - yang merupakan proksi kepada penggunaan - telah berjaya mencatat pertumbuhan marginal 1.1 peratus tahun ke tahun selepas penguncupan selama enam bulan berturut-turut.
"Kami meramalkan penggunaan dan pelaburan swasta berkembang masing-masing tujuh peratus dan 8.3 peratus tahun ke tahun, pada 2021," katanya.
Ia menambah kerajaan akan terus memainkan peranan penting dalam mendorong ekonomi ke hadapan sementara perdagangan global dijangka berapa tahap yang lebih baik tahun depan.
"Pengembalian secara beransur-ansur kegiatan global ketika negara keluar daripada kejutan COVID-19 akan menghasilkan lebih banyak aliran perdagangan tahun depan.
"Prestasi ekonomi China yang kukuh menambahkan sokongan terhadap jangkaan kami kerana negara itu adalah rakan dagang terbesar kita," katanya.
Firma penyelidikan itu berkata, pertumbuhan harus diperhatikan dalam semua sektor ekonomi, sementara pengembangan kemungkinan mengambil tempat bermula dari sektor perkhidmatan - penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia - sehinggalah ke sektor pembinaan, yang memiliki penguasaan terendah daripada keseluruhan keluaran dalam negara kasar negara.
"Pekerjaan dijangka meningkat. Pemulihan ekonomi yang berterusan apabila perniagaan dibuka kembali dan beroperasi semula selepas COVID-19 akan menyumbang kepada peningkatan selanjutnya di pasaran guna tenaga," katanya.
Ia menambah tekanan inflasi sebahagian besar disenyapkan pada tahun 2020 disebabkan oleh permintaan lemah dan rebat kerajaan menerusi potongan bil elektrik, yang akan berlanjutan hingga akhir tahun.
"Namun, bergerak ke hadapan, rasanya rebat itu tidak akan diteruskan. Harga minyak mentah global juga dijangka meningkat sedikit tahun depan dengan purata US$51 setong untuk Brent," katanya.
Ia menekankan kenaikan itu disebabkan peningkatan dalam kos perumahan, utiliti dan pengangkutan - komponen terbesar dalam kumpulan keseluruhan indeks harga pengguna (IHP) selepas makanan dan minuman.
"Faktor-faktor ini mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap inflasi keseluruhan.
"Selain itu, harga untuk sebahagian besar barangan juga akan meningkat setelah permintaan kembali baik berikutan pemulihan ekonomi dan dimudahkan lagi dengan persekitaran kadar faedah yang rendah," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 03 2020
Ekonomi Malaysia mampu berkembang tujuh peratus tahun ke tahun pada 2021, iaitu dalam lingkungan unjuran pertumbuhan antara Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan, kata MIDF Research.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.
Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.
Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.
Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.
Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.
AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.