KUALA LUMPUR: Malaysia dipilih untuk menduduki kerusi Ahli Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) untuk penggal 2023-2026 pada Persidangan Plenipotentiary ITU 2022 (ITU PP22) di Bucharest, Romania, semalam.
Malaysia meraih 147 undi daripada 180 undi sekali gus menduduki tempat kelima teratas dalam kalangan 13 negara yang merebut tempat bagi mewakili Zon Asia dan Australasia untuk jawatan berkenaan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yang mengetuai delegasi Malaysia menyifatkan pencapaian itu sebagai satu penghormatan dan tanggungjawab kepada Malaysia selaku negara peneraju dalam bidang telekomunikasi dan ekonomi digital di rantau Asia Tenggara.
Beliau berkata negara mempunyai pemain industri yang berpengaruh di peringkat global dan kerajaan juga sentiasa komited untuk membentuk hubungan dua hala yang lebih kukuh dengan negara anggota ITU.
"Kemenangan ini mencerminkan pengiktirafan Malaysia oleh ITU dan negara anggotanya terhadap kerjasama Malaysia dalam bidang telekomunikasi dan ekonomi digital di seluruh dunia," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya, semalam.
Annuar juga optimis pengiktirafan itu mampu memperkukuhkan lagi perkembangan negara dalam bidang telekomunikasi dan ekonomi digital selari dengan hasrat Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) di samping memelihara kepentingan negara dalam isu global berkaitan jurang digital serta keselamatan siber.
Mengulas lanjut, beliau berkata kejayaan itu adalah hasil usaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Luar dalam mendapatkan sokongan di peringkat antarabangsa.
Dalam pada itu, beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua negara anggota, rakan strategik serta penyedia rangkaian telekomunikasi di Malaysia.
"Malaysia menjadi ahli ITU sejak 1958 dan sentiasa terlibat aktif menyertai pelbagai aktiviti negara anggota. Malah kita juga komited menyokong aspirasi ITU bagi mencipta kesalinghubungan yang lebih baik dan mampu memberi manfaat inovasi digital kepada masyarakat global dan Keluarga Malaysia," katanya.
Menurutnya, harapan Malaysia sebagai Ahli Majlis yang bertanggungjawab dan komited adalah untuk terus bekerjasama dengan ITU dan negara anggota lain dalam misi mewujudkan masyarakat berinformasi selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
Selain itu, kawal selia jalur lebar dan urusan berkaitan keselamatan rangkaian serta perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi yang menjadi tumpuan kerajaan dan sektor swasta di peringkat antarabangsa juga menjadi harapan negara.
Malaysia menyertai ITU PP22 yang dihadiri lebih 180 negara dari seluruh dunia yang berlangsung dari 26 Sept hingga 14 Okt ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022
Annuar ketika menyampaikan ucapan pada Persidangan Plenipotensiari ITU 2022 (ITU PP22) di Bucharest, 27 Sept 2022. --fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Malaysia dipilih sebagai Ahli Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa penggal 2023-2026
Malaysia meraih 147 undi daripada 180 undi sekali gus menduduki tempat kelima teratas dalam kalangan 13 negara.
Malaysia muncul 10 negara teratas miliki komitmen tinggi keselamatan siber
Malaysia berjaya meletakkan nama antara 10 negara teratas mempunyai komitmen tinggi dalam bidang keselamatan siber menerusi laporan Global Cybersecurity Index 2020.
Harga internet di Malaysia berpatutan, kompetitif
Di peringkat Asia Pasifik pula, Malaysia berada di tangga kesembilan dalam 34 negara anggota.