Malaysia, Filipina dan Indonesia bersetuju secara dasarnya bagi angkatan tentera masing-masing atau agensi berkaitan untuk mewujudkan Kumpulan Kerja Rondaan Maritim Tiga Hala bagi menangani isu keselamatan maritim.
Menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini pada mesyuarat tiga hala yang dihadiri menteri pertahanan ketiga-tiga negara, kumpulan kerja itu akan menetapkan arahan operasi terhadap pengendalian rondaan maritim tiga hala itu.
"Pusat Arahan Maritim juga perlu diwujudkan oleh negara masing-masing dan mengekalkan tanggungjawab keseluruhan bagi tugas dan penggunaan aset masing-masing," kata kenyataan itu.
Menteri-menteri juga bersetuju untuk meneroka kemungkinan mewujudkan sebuah koridor transit dalam kawasan maritim, yang akan bertindak sebagai laluan laut yang ditetapkan untuk pelaut bagi memasuki kawasan maritim yang mempunyai kepentingan bersama.
Berlangsung di Manila, Filipina, mesyuarat tiga hala itu membincangkan cabaran keselamatan yang semakin meningkat di rantau ini, khususnya di kawasan maritim yang mempunyai kepentingan bersama bagi ketiga-tiga negara iaitu di Laut Sulu.
Semasa mesyuarat itu, menteri-menteri juga menimbulkan kebimbangan terhadap kejadian penculikan baru-baru ini dan rompakan bersenjata di laut di kawasan maritim berkepentingan bersama.
Mereka mengesahkan keperluan, komitmen dan tanggungjawab kolektif negara bagi menangani ancaman sedemikian yang menjejaskan keamanan, keselamatan dan kemakmuran di rantau ini, kata kenyataan itu.
Para menteri turut bersetuju untuk menerima pakai amalan terbaik yang dikongsi oleh Malaysia dan Indonesia mengenai pengalaman mereka dalam rondaan Selat Melaka sebagai model kerjasama tiga hala bagi menangani masalah keselamatan maritim.
Sementara itu, isu lain yang dibincangkan dan dipersetujui ialah kemungkinan mewujudkan bersama pos kawalan tentera di lokasi yang ditetapkan, rondaan maritim dan udara tiga hala serta aktiviti yang diselaraskan dalam kalangan tentera tiga negara.
Mesyuarat tiga hala itu dihadiri Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Indonesia Jeneral (B) Ryamizard Ryacudu dan Setiausaha Pertahanan Filipina Voltaire T. Gazmin.
Bernama
Mon Jun 20 2016
Menteri-menteri juga bersetuju untuk meneroka kemungkinan mewujudkan sebuah koridor transit dalam kawasan maritim. - Gambar hiasan
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Malaysia, Filipina, Indonesia setuju tubuhkan kumpulan kerja rondaan maritim
Mesyuarat tiga hala itu membincangkan cabaran keselamatan yang semakin meningkat di rantau ini, khususnya di kawasan maritim yang mempunyai kepentingan bersama.