awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia gesa gencatan senjata segera di Sudan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
03/11/2025
11:05 MYT
Malaysia gesa gencatan senjata segera di Sudan
Mohamad berkata, skala kekejaman yang berlaku disifatkan sebagai amat memalukan, dengan imej satelit menunjukkan darah menutupi bandar El Fasher. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa gencatan senjata segera di Sudan berikutan keganasan berterusan dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Pasukan Sokongan Pantas (RSF).

Ringkasan AI
  • Malaysia gesa gencatan senjata segera di Sudan susulan keganasan dan pembunuhan beramai-ramai oleh Pasukan Sokongan Pantas (RSF), khususnya di bandar El-Fasher.
  • Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menuntut RSF hentikan kekejaman dan buka laluan bantuan kemanusiaan, sambil menyifatkan kekejaman itu sebagai memalukan dan tidak berperikemanusiaan.
  • RSF didakwa membunuh 300 wanita dalam dua hari pertama selepas menawan El-Fasher, mencetuskan kebimbangan akan berulangnya tragedi genosid di Darfur.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam kenyataan menegaskan, Malaysia menyertai komuniti antarabangsa menuntut RSF agar menghentikan keganasan serta membuka koridor kemanusiaan bagi membolehkan bantuan disalurkan kepada mangsa terjejas.
"Tindakan keganasan melampau yang tidak masuk akal ini mesti dihentikan segera," katanya pada Isnin.
Mohamad berkata, skala kekejaman yang berlaku disifatkan sebagai amat memalukan, dengan imej satelit menunjukkan darah menutupi bandar El Fasher.
Sehubungan itu, beliau menambah, dunia tidak boleh membenarkan kebangkitan semula genosid di wilayah Darfur, dan sejarah tergelap sebegini berulang.
Pada 26 Oktober lalu, RSF dilapor merampas kawalan ke atas El-Fasher dan melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam.
Sudan mendakwa RSF membunuh 300 wanita dalam tempoh dua hari pertama selepas memasuki bandar El-Fasher, ibu negeri Darfur Utara di barat Sudan.
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#gencatan senjata Sudan
#Peperangan di Sudan
#genosid
#terkini
#RSF
#el-Fasher
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan