awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Badrul Afzan ikrar terus gilap bidang kejurulatihan
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia gesa penubuhan Platform Perkongsian Maklumat Digital COVID-19 APEC

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
30/09/2020
05:35 MYT
Malaysia gesa penubuhan Platform Perkongsian Maklumat Digital COVID-19 APEC
Malaysia menggesa penubuhan APEC COVID-19 LIVE iaitu platform perkongsian maklumat digital dalam kalangan 21 anggota ekonomi APEC. - Foto Sekretariat APEC 2020
KUALA LUMPUR:Malaysia menggesa penubuhan APEC COVID-19 LIVE iaitu platform perkongsian maklumat digital dalam kalangan 21 anggota ekonomi APEC sebagai salah satu pelaksanaan utama yang perlu diberi perhatian.
Pengerusi Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan(SOM) APEC 2020, Hairil Yahri Yaacob berkata inisiatif itu perlu diberi keutamaan selepas Menteri Bertanggungjawab bagi Perdagangan (MRT) mengarahkan supaya ia dilaksanakan.
“Oleh itu, saya perlu menekankan di sini bahawa amat penting untuk kita mencapai persetujuan secara kolektif mengenai cadangan ini dan memastikan platform digital itu menjadi kenyataan sebelum Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM),” katanya
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan APEC Secara Maya Ke-2 (VSOM2) pada Selasa.
Tambahnya, platform APEC COVID-19 LIVE bertujuan mengenal pasti campur tangan dasar, langkah-langkah, program dan inisiatif yang diguna pakai oleh ekonomi APEC untuk menangani krisis kesihatan.
Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan APEC itu berlangsung secara maya pada Selasa. - Foto Sekretariat APEC 2020
Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan APEC itu berlangsung secara maya pada Selasa. - Foto Sekretariat APEC 2020
Selain COVID-19 LIVE, terdapat juga pelaksanaan utama dan dokumen hasil lain yang telah dimasukkan dalam agenda, termasuk penubuhan Subdana untuk Kerjasama APEC bagi Memerangi COVID-19 dan Pemulihan Ekonomi.
Agenda lain termasuk Program Kerja Pelan Tindakan Ekonomi Digital dan Internet APEC (AIDER), penilaian akhir mengenai Matlamat Bogor, Kajian Separuh Penggal Pelan Tindakan Kesalinghubungan APEC, dan penilaian akhir Strategi APEC untuk Mengukuhkan Pertumbuhan Berkualiti.
“Kita perlu melaksanakannya dengan cepat untuk menyelesaikan tugas-tugas yang belum selesai berhubung dokumen ini bagi membolehkan kita mencerminkan pencapaian penting yang berkaitan dalam Deklarasi Pemimpin,” kata Hairil.
Dengan masa yang singkat sebelum AELM, beliau menggesa Pegawai Kanan ekonomi anggota masing-masing untuk menerapkan semangat kerjasama dalam menjayakan pelaksanaan tersebut.
Topic Berkaitan
#APEC
#APEC2020
#koronavirus
#MyAPEC2020
#AIDER
#Hairil Yahri Yaacob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan