PUTRAJAYA: Malaysia akan menggunakan hubungan baik dengan semua negara untuk bersama-sama membantu menghentikan penindasan rejim Isarel ke atas penduduk di Gaza, Palestin, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bercakap dalam program "Soal Jawab Perdana Menteri" bersama empat stesen televisyen tempatan malam tadi, beliau berkata, strategi melibatkan pelbagai negara harus dirangka dalam isu berkenaan, kerana penindasan di Gaza bukan lagi isu yang hanya melibatkan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), negara-negara Arab dan Islam.
"Saya tak fikir ini isu negara Islam atau negara Arab. Kenyataan positif China, Rusia lebih-lebih lagi Kesatuan Afrika, Brazil, Sepanyol dan Ireland (dalam isu Palestin), saya usulkan kita harus rangka strategi yang melibatkan negara ini.
"Walau keadaan itu agak berat, kita dapatkan dukungan secara menyeluruh. Kita sampaikan kepada Presiden Brazil, Lula da Silva dan Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez bahawa kita mendukung dan menghormati sikap mereka (yang menyokong Palestin) kerana ini (penindasan di Gaza) adalah masalah kemanusiaan," katanya.
Temu bual khas hampir sejam bersama Perdana Menteri Malaysia Ke-10 itu dikendalikan penyampai RTM Sayed Munawar Sayed Mustar, Pasha Abdul Rahim (Bernama TV), Dzulfitri Yusop (Astro Awani) dan Azaria Tagaya (TV3).
Anwar yang jelas tidak dapat menyembunyikan rasa sebak bila menyentuh isu Palestin berkata, dalam pertemuan dengan beberapa pemimpin di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini beliau turut mengulangi pendirian supaya penindasan penduduk Gaza oleh Israel dihentikan.
Semasa di Riyadh, selain bertemu Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman, Anwar juga sempat bertemu Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia' Al Sudani dan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani.
"Secara umumnya semua sependapat bahawa kezaliman dihentikan, tapi seolah-olah tiada keupayaan untuk melakukan itu kerana kekuatan Israel yang didukung oleh Amerika Syarikat dan sebahagian besar negara Eropah.
"Sebelum saya pulang nampak seolah-olah ada kebimbangan serius Israel akan dibenarkan melanggar dan menakluk Rafah dan Gaza, jika ini berlaku satu malapetaka jauh lebih besar daripada yang kita bayangkan akan berlaku," katanya.
Anwar berkata, ketegasan Malaysia dalam mendesak Israel menghentikan keganasan ke atas penduduk Gaza bukan untuk menunjukkan kekuatan negara ini, sebaliknya ia dilakukan atas dasar kemanusiaan.
"Kita faham, kita dari Malaysia negara sederhana, bukan besar. Saya tiada pilihan untuk berdepan dengan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden; Perdana Menteri Australia, Anthony Norman Albanese dan Canselor Jerman Olaf Scholz, berikan hujah di pemikiran saya kerana itu yang mampu saya lakukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 01 2024
Anwar menjawab soalan dalam 'Program Soal Jawab Perdana Menteri' di Seri Perdana, Putrajaya, 1 Mei 2024. --fotoBERNAMA
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Malaysia, Thailand buat perhitungan di final double, regu
Skuad negara berjaya mencapai sasaran layak ke final acara regu dan double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Korea Selatan bercita-cita cipta kejutan ke atas Malaysia
Korea Selatan melaungkan amaran awal menjelang aksi peringkat suku akhir acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang hampir pasti bertemu Malaysia.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilion berbanding April 2023.
Eksport Malaysia rekod peningkatan ketara pada April 2024 - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus.
Kes denggi meningkat, 40 kematian sejak Januari
Sebanyak 343 kes baharu kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-19 (ME19) bagi tempoh 5 hingga 11 Mei lepas.
Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus - KKM
Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.