SEPANG: Malaysia menghantar seramai 21 anggota delegasi Pasukan Peninjau Khas ke Syria, bagi mendapatkan gambaran sebenar serta membuat penilaian di lapangan mengenai bentuk bantuan kemanusiaan yang diperlukan negara itu, yang turut dilanda bencana gempa bumi awal bulan ini.
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata pasukan itu yang diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar Datuk Norman Muhamad, akan membuat tinjauan di kawasan tersebut dan menghantar laporan dengan kadar segera, bagi membolehkan tindakan susulan dibuat.
"Kita sedia maklum kesukaran untuk masuk ke Syria sebelum ini, disebabkan antara lain sekatan yang dikenakan ke atas negara berkenaan, dan beberapa hari lepas sekatan itu telah ditarik balik bagi membolehkan bantuan-bantuan kemanusian masuk ke sana.
"Malaysia tidak menunggu lama dan kita terus bertindak dan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau dengan segera meminta kita membuat persiapan bagi menghantar pasukan peninjau malam ini," katanya kepada media semasa pelepasan pasukan khas ke Syria di sini, hari ini.
Turut hadir Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Syria di Kuala Lumpur, Mohd Ghiath Ibrahim.
Zambry berkata pasukan khas itu, terdiri daripada wakil daripada Kementerian Luar, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Kesihatan, serta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan MERCY Malaysia.
"Kepakaran pasukan ini (selain) terdiri daripada pelbagai agensi, latar belakang (anggota pasukan) adalah dalam bidang perubatan, keselamatan, pakar di dalam hal-hal mencari dan menyelamat (SAR) serta logistik.
"Ini sangat mustahak, kerana kita nak buat tindakan yang proaktif bagi membantu Syria dan yang paling mustahak, maklumat itu hendaklah disampaikan segera bagi kita membuat tindakan susulan jadi kita tidak perlu tunggu mereka pulang baru kita hantar (bantuan)," katanya Malaysia juga merancang menghantar pasukan ATM bagi mendirikan hospital medan di situ.
Zambry berkata pasukan itu akan bergerak dari sini ke Istanbul, Turkiye dan 'terbang' ke Beirut, Lebanon sebelum memasuki Syria menggunakan jalan darat.
Beliau berkata pasukan itu turut membawa bantuan kemanusian seperti bekalan perubatan dan makanan.
"Kita doakan pasukan kita yang akan pergi ini, semoga dengan niat yang baik mereka akan sampai ke sana dan melaksanakan tugas sebaik-baiknya, dalam memberi bantuan kemanusiaan," katanya.
Sementara itu Mohd Ghiath bekata rakyat Syira berterima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia kerana membantu mereka.
"Saya mahu berterima kasih atas bantuan untuk Syria dan sumbangan yang akan dihantar. Pada masa ini kami berhadapan dengan kekurangan kesemuanya seperti ubat-ubatan, minyak dan elektrik dan ramai yang berada dalam kesukaran," katanya.
Terdahulu, Anwar semasa menjawab soalan mengenai pendirian Malaysia melibatkan penghantaran pasukan bantuan ke Syria di Parlimen hari ini, beliau berkata setakat ini bantuan yang akan dihantar ke negara itu adalah dana dan peralatan perubatan, termasuk membawa satu kelengkapan hospital daripada ATM untuk dipasang di sana.
Pada 6 Feb, dua gempa bumi kuat melanda bahagian selatan dan tenggara Turkiye serta bahagian barat laut Syria, yang mencatatkan jumlah korban di dua negara terbabit melebihi 35,000 orang dengan puluhan ribu lagi cedera.
Gempa bumi pertama berukuran 7.8 pada skala Richter itu, melanda pada 4:17 pagi (01:17 GMT) dan berpusat di daerah Pazarcik di wilayah Kahramanmaras dan kurang daripada 12 jam kemudian, gegaran magnitud 7.6 itu pula melanda kawasan yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2023
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir (tujuh, kiri) bergambar pada Majlis Perlepasan Pasukan Peninjau Khas ke Syria di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini. - Foto BERNAMA
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Malaysia hantar 21 anggota Pasukan Peninjau Khas ke Syria
Ia bagi mendapatkan gambaran sebenar serta membuat penilaian di lapangan mengenai bentuk bantuan kemanusiaan yang diperlukan negara itu.