Malaysia mengambil langkah tegas dengan menghantar pulang 150 kontena sisa plastik dengan anggaran berat 3,737 tan metrik ke negara asal bagi mengelakkan negara ini menjadi 'tong sampah' dunia.
Penghantaran pulang sisa plastik haram itu hasil kerjasama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SW Corp).
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin memaklumkan penghantaran pulang kontena sisa plastik ke negara asal susulan operasi penutupan kilang plastik haram terutama sekitar Klang, Selangor, sejak tahun lalu.
Lebih mengecewakan, kebanyakan pengeksport sisa plastik tersebut adalah negara maju seperti Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun.
"Kerajaan Malaysia memandang serius isu kemasukan sisa plastik haram ke negara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan Malaysia tidak menjadi tong sampah dunia.
"MESTECC akan meneruskan operasi bersepadu untuk memerangi pencemaran rentas sempadan seperti ini demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian negara," katanya.
Yeo berkata demikian pada sidang media di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini selepas meninjau operasi penghantaran pulang 150 kontena di pelabuhan tersebut hari ini.
Kontena tersebut dihantar semula tanpa sebarang kos ke Perancis (43 buah), United Kingdom (42), Amerika Syarikat (17), Kanada (11) dan Sepanyol (10).
Negara lain ialah Hong Kong (9), Jepun (5), Singapura (4), Portugal (3), China (3) dan masing-masing sebuah kontena ke Bangladesh, Sri Lanka dan Lithuania.
Menurut Yeo, bagi menyekat kemasukan sisa plastik haram ke negara ini, Malaysia tidak hanya menerima pakai Konvensyen Basel iaitu dengan mengambil tindakan penguatkuasaan, tetapi juga merangka pelan jangka panjang bagi membendung kegiatan tersebut.
"Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Penguatkuasaan Pengimportan Sisa Plastik akan dilancar pada bulan hadapan iaitu Februari 2020.
"Pelan tindakan ini akan menjadi panduan dan rujukan kepada semua agensi penguatkuasaan bagi menyeragamkan aktiviti penguatkuasaan di kawasan masing-masing oleh agensi yang berkaitan untuk memerangi dengan lebih efektif lagi kemasukan sisa plastik haram," tambahnya.
Selain 150 kontena, 110 kontena lagi akan dihantar secara berperingkat sehingga pertengahan tahun ini dengan Amerika Syarikat paling banyak iaitu 60 buah diikuti Kanada (15) dan Jepun (14).
Astro Awani
Mon Jan 20 2020
Yeo bercakap pada sidang media di Terminal Kontena Butterworth Utara di sini selepas meninjau operasi penghantaran pulang 150 kontena di pelabuhan tersebut hari ini. - Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria