awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia harap jadi negara pertama perkenal undang-undang larangan merokok generasi muda

Bernama
Bernama
11/06/2022
10:47 MYT
Malaysia harap jadi negara pertama perkenal undang-undang larangan merokok generasi muda
Khairy berkata jika diluluskan dan dikuatkuasakan dengan berkesan ia boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik secara ketara dalam tempoh beberapa tahun akan datang. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Malaysia berharap menjadi negara pertama di dunia yang menggubal undang-undang melarang aktiviti merokok terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005 (Generational End Game) apabila cadangan perundangan penting itu dibawa ke Parlimen bulan depan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata jika diluluskan dan dikuatkuasakan dengan berkesan ia boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik secara ketara dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
"Sekiranya undang-undang ini diluluskan, rakyat Malaysia yang lahir selepas 2005 tidak akan dapat membeli atau menggunakan produk rokok lagi. Selesai.
"Tiada lagi aktiviti merokok dan tembakau. Ada pihak yang percaya bahawa pengharaman bukanlah jalan penyelesaian; Saya berazam untuk menjayakan usaha ini," katanya dalam ucaptama bertajuk Future-Proofing Public Health Care yang telah disampaikan semasa Dialog Kepimpinan Pemikiran Kesihatan Awam yang diadakan di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock di Universiti Nasional Singapura (NUS) pada 2 Jun ketika beliau berada di republik itu sebagai Felow Pertukaran Lee Kuan Yew.
Teks ucapan beliau telah tersedia kepada Bernama hari ini selepas NUS memuat naik video dialog itu di saluran YouTubenya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#undang-undang
#larangan merokok
#Khairy Jamaluddin
#KKM
#Generational End Game
#Menteri Kesihatan
#generasi muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan