awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, India pertimbang guna matawang masing-masing dalam perdagangan dua hala - Zambry

Bernama
Bernama
08/11/2023
05:58 MYT
Malaysia, India pertimbang guna matawang  masing-masing dalam perdagangan dua hala - Zambry
"Menggunakan mata wang sendiri adalah langkah ke hadapan untuk perdagangan antara kedua-dua negara," kata Zambry. - Gambar fail/Bernama
NEW DELHI: Malaysia dan India sedang mempertimbangkan penggunaan matawang masing-masing dalam urusan perdagangan dua hala dalam usaha memperluas kerjasama ekonomi, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
Perkara itu merupakan antara isu yang dibincangkan semasa Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) yang dipengerusikan beliau bersama Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar di New Delhi pada Selasa.
"Menggunakan mata wang sendiri adalah langkah ke hadapan untuk perdagangan antara kedua-dua negara," kata Zambry kepada pemberita.
"Malaysia memulakannya dengan Thailand dan Indonesia. Sekarang kami mencadangkannya kepada India," katanya, sambil menambah India menerima idea itu.
Menteri luar itu berkata walaupun langkah berkenaan mungkin dilihat "sesetengah pihak" sebagai menghentikan pergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS), Malaysia sebaliknya melihat ia sebagai cara untuk mengukuhkan mata wang negara dan melindunginya daripada "turun naik sepanjang masa".
India merupakan rakan ekonomi utama Malaysia di Asia Selatan, dengan perdagangan dua hala pada 2022 bernilai RM86.2 bilion (US$19.6 bilion).
Mesyuarat suruhanjaya bersama itu diadakan buat kali pertama sejak 2011 dan menyaksikan kedua-dua negara memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan lagi hubungan dalam pelbagai sektor.
Perbincangan itu merangkumi bidang seperti ekonomi digital, pembuatan semikonduktor dan cip, pertahanan, pelancongan, penjagaan kesihatan, teknologi kewangan, ekonomi digital, pertanian, pendidikan dan keselamatan makanan.
Zambry berkata kerajaan India berjanji untuk meneliti beberapa isu teknikal yang dihadapi oleh syarikat penerbangan Malaysia dalam menambah lebih banyak penerbangan bagi laluan ke benua kecil India.
Turut ditekankan mesyuarat itu ialah "isu-isu kecil" tidak seharusnya menjadi "penghalang utama" dalam mempromosikan kesalinghubungan antara kedua-dua negara.
JCM juga membincangkan pindaan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Malaysia-India (MICECA) untuk menggambarkan ekonomi baharu dan perkembangan terkini sektor digital.
Kedua-dua pihak perlu melihat semula beberapa bidang dalam perjanjian perdagangan bebas yang ditandatangani pada 2011, kata menteri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#India
#penggunaan matawang
#Zambry Abdul Kadir
#perdagangan dua hala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan