awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Indonesia bincang isu telekomunikasi dua minggu lagi - Fahmi

Bernama
Bernama
06/09/2025
11:15 MYT
Malaysia, Indonesia bincang isu telekomunikasi dua minggu lagi - Fahmi
Fahmi berkata mesyuarat yang dijadual di Kota Kinabalu itu akan diadakan dalam tempoh dua minggu akan datang. - Gambar fail
LAHAD DATU: Malaysia dan Indonesia akan membincangkan isu berkenaan telekomunikasi melibatkan dua negara itu, dalam mesyuarat kerjasama yang bakal diadakan.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata mesyuarat yang dijadual di Kota Kinabalu itu akan diadakan dalam tempoh dua minggu akan datang.
"Mesyuarat ini akan melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan rakan sejawat daripada agensi di Indonesia. Antara perkara akan dibincangkan ialah isu telekomunikasi yang berlaku di Pulau Sebatik, Tawau," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Sembang Santai Komuniti MADANI di Kampung Cocos di sini, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Julina Johan.
Fahmi berkata pihaknya telah menerima aduan daripada penduduk di Pulau Sebatik tentang isu telekomunikasi di pulau berkenaan.
"Masalah yang dibangkitkan ialah berlaku limpahan signal telekomunikasi dari negara jiran selain daripada beberapa isu spektrum. Pihak MCMC akan meneliti perkara ini.
"Ada beberapa cadangan awal yang akan dilaksanakan dalam bulan ini melibatkan repeater, namun ia belum mencukupi kerana itu hanya penyelasaian sementara," katanya.
Fahmi berkata liputan Internet di kawasan berpenduduk di Sabah yang kini telah mencapai 95.30 peratus dapat dipertingkatkan lagi, melalui pelaksanaan inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
"Banyak daripada menara di bawah program ini akan siap pada hujung tahun ini, dan kita jangkakan secara purata di seluruh negara mungkin liputan Internet di kawasan berpenduduk akan mencapai 98.6 peratus.
"Jadi untuk mencapai 100 peratus kita tidak hanya bergantung kepada pembinaan menara biasa, kerana kosnya tinggi selain masalah lain seperti tanah yang memakan masa. Jadi saya arahkan dalam JENDELA fasa dua untuk gunakan pelbagai teknologi bersesuaian mengikut kawasan," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Malaysia
#Indonesia
#telekomunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan