awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita mengamuk, cederakan pekerja restoran guna garpu didenda
PETRONAS tandatangani perjanjian bekalan LNG selama 20 tahun dengan QatarEnergy
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Indonesia dijadual meterai MoU pekerja asing pada 17 Mac - Saravanan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
10/03/2022
10:42 MYT
Malaysia, Indonesia dijadual meterai MoU pekerja asing pada 17 Mac - Saravanan
Jelas Saravanan, MoU berkenaan membabitkan pekerja domestik dari semua sektor dan tidak hanya pembantu rumah. - Foto BERNAMA
SEBERANG JAYA: Malaysia dan Indonesia akan memeterai memorandum persefahaman (MoU) kemasukan Perkhidmatan Domestik Indonesia (PDI) membabitkan pembantu rumah pada 17 Mac ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, MoU di antara kedua-dua negara itu akan dibuat di Bali, Indonesia.
Jelasnya, MoU berkenaan membabitkan pekerja domestik dari semua sektor dan tidak hanya pembantu rumah.
Menurut Saravanan, setakat ini, pihak kementeriannya sedang meneliti kemasukan pekerja asing Bangladesh.
"(Pekerja) Bangladesh dah boleh masuk dah, mereka dah mula pendaftaran, setakat ini 200,000 permohonan sudah diterima Kementerian Sumber Manusia dan kita sedang menapis, dan Indonesia kemungkinan besar MoU pada 17 Mac, setakat ini MoU pekerja domestik, di Bali pada 17 Mac kalau tiada perubahan.
"Indonesia mensyaratkan saya mendatangani MoU Kuala Lumpur-Jakarta terhadap domestic helper atau maid baru lah dibenarkan pekerja lain boleh masuk, maka kita telah mencapai , persetujuan beberapa isu dan akhirnya saya lihat cahaya di hujung terowong pada 17 Mac ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Hari Terbuka dan Siri Forum Nasional HRD Corp. bertajuk Pelan Tindakan Nasional Berhubung Buruh Paksa di Seberang Jaya, Pulau Pinang hari ini.
Turut hadir, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai ahli panel yang turut dihadiri wakil-wakil kedutaan dan pertubuhan antarabangsa
Pada 6 Februari lalu, media melaporkan rundingan pengambilan dan kemasukan pembantu rumah warga Indonesia ke Malaysia yang dimulakan sejak 2017, masih gagal diselesaikan dalam tempoh terdekat dengan perjanjian persefahaman (MoU) yang dijadual dimeterai kedua-dua negara pada 8 Februari ditangguhkan.
Sebelum ini, beberapa siri perbincangan diadakan di antara Malaysia dan Indonesia sejak November 2017 dan November 2018, namun gagal memuktamadkan MoU baharu. Kerajaan kemudian menjangkakan perjanjian berkaitan mungkin dapat dimeterai pada awal tahun ini.
Topic Berkaitan
#MoU
#pembantu rumah indonesia
#pekerja asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan