awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Indonesia eratkan kerjasama ekonomi, tangani isu serantau

Astro Awani
Astro Awani
06/02/2024
13:00 MYT
Malaysia, Indonesia eratkan kerjasama ekonomi, tangani isu serantau
Antara yang disentuh dalam pertemuan itu adalah mempergiatkan semula aktiviti perdagangan sempadan di Tebedu dan Entikong. - Facebook
JAKARTA: Indonesia dan Malaysia membincangkan pelbagai isu bagi mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua negara, termasuk mempertingkat kerjasama ekonomi.
Perkara itu dibincangkan dalam pertemuan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi di Jakarta, pada Selasa.
Dalam satu kenyataan, Wisma Putra memaklumkan antara yang disentuh dalam pertemuan itu adalah mempergiat semula aktiviti perdagangan sempadan di Tebedu dan Entikong bagi mencapai sasaran dagangan tahunan sebanyak AS$30 billion seperti mana yang telah dipersetujui.
Turut menjadi fokus perbincangan ialah perkembangan isu serantau dan global terutamanya berkenaan situasi di Myanmar dan konflik di Palestin.
Di samping itu, kedua-dua negara bersetuju untuk bekerjasama rapat dalam menangani isu diskriminasi minyak sawit, yang mana Malaysia dan Indonesia adalah antara pengeksport utama dunia.
Mohamad juga mengulangi pendirian Malaysia mengenai konflik Palestin yang turut dikongsi oleh Indonesia mengenai perjuangan dan hak rakyat Palestin untuk membentuk negara Palestin yang bebas dan merdeka.
Ini merupakan lawatan pertama Mohamad ke Indonesia selepas sebulan dilantik sebagai Menteri Luar pada 12 Disember 2023.
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#Joko Widodo
#Indonesia
#minyak sawit
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan