KUALA LUMPUR: Malaysia, Indonesia dan Turkiye akan menjadi penerbit berdaulat terbesar pada 2023-2024, mengatasi Arab Saudi yang menyumbang satu bahagian terbesar kepada terbitan sukuk berdaulat jangka panjang sejak enam tahun lepas, menurut Moody's Investors Service.
Agensi penarafan itu juga mengunjurkan sumbangan terbesar datang dari Malaysia dan Indonesia, sebahagiannya menunjukkan keperluan pembiayaan semula sukuk yang lebih tinggi dan berterusan, walaupun defisit fiskal telah semakin baik secara sederhana.
"Defisit fiskal Malaysia dijangka berkurangan kepada kira-kira lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2023-2024, daripada enam peratus pada 2022, namun akan kekal cukup untuk menyokong terbitan sukuk berdaulat tahunan US$20 bilion hingga US$22 bilion (US$1=RM4.519) bagi kedua-dua tahun itu," menurutnya dalam laporan pada Rabu.
Menurut Moody's, tiada perubahan besar ke atas dasar fiskal dijangka dilakukan di bawah pentadbiran kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mungkin mengekalkan defisit fiskal yang lebar bagi 2024 untuk menyokong pemulihan ekonomi.
"Ini akan mengekalkan tahap terbitan sukuk kasar yang agak tinggi, dengan mengandaikan kira-kira separuh daripada pembiayaan kerajaan kasar akan dipenuhi melalui terbitan sukuk." tambahnya.
Moody's memaklumkan Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa inisiatif dalam Belanjawan 2023 yang kali pertama dibentangkannya pada 24 Feb, 2023 untuk menggalakkan lagi pertumbuhan dalam kewangan Islam.
"Antaranya adalah untuk memisahkan simpanan syariah daripada simpanan konvensional yang dilaburkan oleh dana pencen sektor swasta nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dengan demikian mereka menjana pulangan yang lebih kukuh untuk pemegang akaun syariah," menurutnya.
KWSP ialah pemegang individu terbesar bagi hutang kerajaan Malaysia, jelas Moody's.
Moody's menjangkakan bagi 2023, penerbitan sukuk berdaulat jangka panjang akan stabil pada kira-kira US$80 bilion susulan kecairan global yang ketat dan masih menyokong, walaupun harga minyak mentah yang lebih rendah, sebelum meningkat kepada US$80 bilion hingga US$85 bilion pada 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2023
Agensi penarafan itu juga mengunjurkan sumbangan terbesar datang dari Malaysia dan Indonesia. - Fail
Pasangan kembar cipta kenangan manis di pentas Tilawah Kebangsaan
Pertandingan tilawah peringkat kebangsaan merupakan penyertaan kali kelapan bagi Nor Hidayah manakala yang kelima untuk Nor Jannah.
[Data & Statistik] Trend rakyat Malaysia membeli-belah di media sosial
Malaysia menerajui dunia dalam penggunaan dompet mudah alih, dengan 63 peratus rakyat Malaysia menggunakan kemudahan tersebut untuk membeli-belah, kata platform teknologi kewangan global, Adyen.
GPW14 instrumen penting bentuk masa depan ekosistem kesihatan sejagat
Malaysia optimis kerjasama dengan WHO melalui GPW14 akan membentuk masa depan kesihatan global.
Jemaah haji wanita datang haid tidak perlu sedih
Haid adalah anugerah Allah dan tidak menghalang wanita dari mendapat haji mabrur.
AWANI Pagi: Bujang Lapok Kembali Daa
Karya Seniman Agung Tan Sri P Ramlee, akan kembali menemui peminat, menerusi pementasan naskah teater Bujang Lapok Kembali Daa. Dua tonggak utama naskah ini, Pengarah Teater, Siti Sarah Ahmad Jamil (Mummy Sarah) dan Pengolah Skrip serta Pelakon Utama Mohd Suffian Md Yasan akan berkongsi kisah mereka dalam Awani Pagi 7.30 pagi.
Ballon d'Or bakal jadi milik Jude Bellingham - Michael Owen
Bellingham telah mencipta lebih banyak peluang berbanding pemain lain dalam aksi Liga Juara-juara Eropa (UCL), musim ini.
Puluhan ribu pelajar di Brazil tidak bersekolah akibat banjir
Daripada lebih 2,000 sekolah awam negeri Rio Grande do Sul, hampir satu perlima masih ditutup melibatkan kira-kira 185,000 pelajar.
Wanita maut selepas suntikan besarkan payudara
Keluarga mangsa telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan kini polis berjaya menahan dua orang pelaku yang bakal dikenakan hukuman.
Iran namakan jalan, lebuh raya sempena Raisi dan Amirabdollahian
Tehran telah memutuskan untuk menamakan dua jalan dan sebuah lebuh raya sempena Ebrahim Raisi dan Hossein Amirabdollahian.
Chef Wan mohon maaf, kenyataan disalah anggap
Chef Selebriti, Datuk Redzuawan, 66, atau mesra disapa Chef Wan tidak menyangka komen gurauannya mengenai gaun pakaian dipakai bintang Bollywood, Aishwarya Rai disalah anggap segelintir pihak.
Malaysia, Indonesia, Turkiye akan jadi penerbit sukuk berdaulat terbesar pada 2023-2024 - Moody's
Malaysia, Indonesia dan Turkiye akan menjadi penerbit berdaulat terbesar pada 2023-2024, mengatasi Arab Saudi yang menyumbang satu bahagian terbesar kepada terbitan sukuk berdaulat jangka panjang.