KUALA LUMPUR: Malaysia menyatakan hasrat untuk meneruskan kerjasama serantau dan perkongsian pintar berhubung agenda perubahan iklim dalam kalangan penggubal dasar, saintis, sektor swasta serta komuniti agro negara kumpulan D-8.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata Malaysia turut berkongsi berkaitan strategi khusus diambil bagi menyokong agenda perubahan iklim termasuk menggalakkan penggunaan teknologi dan automasi dalam pendekatan pertanian pintar dan mewujudkan ekosistem yang kondusif untuk industri.
"Mengukuhkan pengumpulan data berkaitan sekuriti makanan negara supaya dapat diakses dan dipantau termasuklah kesan perubahan iklim terhadap sektor pertanian.
"...serta mempergiatkan penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi terhadap alternatif lain yang berpotensi supaya dapat disesuaikan dengan perubahan iklim," katanya menerusi satu hantaran dalam laman Facebooknya.
Perkara itu dinyatakan Ronald yang mengetuai delegasi Malaysia pada Persidangan Menteri-Menteri D-8 mengenai Pertanian dan Sekuriti Makanan ke-7 yang diadakan secara maya, semalam.
Dalam menangani cabaran utama sektor pertanian, Ronald turut menekankan usaha yang diambil kerajaan antaranya membangunkan hala tuju dasar negara melalui Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 bersandarkan tiga ciri utama iaitu Kemampanan, Daya Saing dan Kemajuan Teknologi.
Beliau berkata ini bagi menjadikan sektor agromakanan teguh dan seiring dengan pertumbuhan ekonomi global dan dalam masa yang sama mengurangkan kesan perubahan iklim.
Katanya, peralihan ke arah pemodenan dan aplikasi pertanian pintar serta pertanian tepat adalah antara hala tuju sektor ini dalam mendepani cabaran perubahan iklim sekali gus menjamin sekuriti makanan negara.
Pada mesyurat yang dipengerusikan Menteri Pertanian Bangladesh itu juga, Ronald berkata mesyuarat telah mempertimbang dan memuktamadkan Inisiatif Dhaka yang antara inti pati utamanya ialah membangunkan hala tuju kerjasama dan perkongsian teknologi pertanian ke arah 'Climate Smart Agriculture'.
"Mesyuarat ini juga menjangkakan sokongan daripada Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), Bank Pembangunan Islam (IsDB) serta rakan strategik yang lain dalam membantu ahli-ahli negara D-8," katanya.
D-8 adalah negara yang dianggotai oleh Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki dengan Sekretariat D-8 berpusat di Istanbul, Turki.
Ia ditubuhkan untuk menjadi pemangkin kepada kerjasama dalam bidang ekonomi melalui perkongsian kepakaran bagi memperbaiki kedudukan negara anggota dalam ekonomi global dengan skop kerjasama telah diperluas dan dipelbagaikan bagi mewujudkan peluang baharu berkaitan hubungan perdagangan sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 14 2022
Ronald berkata ini bagi menjadikan sektor agromakanan teguh dan seiring dengan pertumbuhan ekonomi global dan dalam masa yang sama mengurangkan kesan perubahan iklim. - Gambar fail/Astro AWANI
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Nahas helikopter Lumut: 'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak
Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup - JKR
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital
Inisiatif Malaysia untuk mengubah bandarnya menjadi hab pintar bertujuan untuk menarik pelaburan antarabangsa yang lebih besar.
Malaysia jadi destinasi pelaburan dunia kerana kestabilan politik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini menjadi perhatian dunia sebagai destinasi pelaburan unggul berikutan kestabilan politik dan dasar ekonomi yang jelas.
Malaysia catat 276 penyelidikan klinikal tajaan tahun lepas - Dzulkefly
Malaysia telah mencatatkan jumlah bersejarah sebanyak 276 penyelidikan klinikal tajaan baharu tahun lepas iaitu peningkatan ketara 24 peratus dari tahun ke tahun.
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
Malaysia berhasrat jadi 20 negara terbaik ekosistem pemula niaga global
Malaysia berhasrat menjadi antara 20 negara terbaik dalam ekosistem pemula niaga global menjelang 2030 dan meletakkan Kuala Lumpur sebagai hab pemula serta digital serantau.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.