KUALA LUMPUR: Malaysia dan Iran komited meneruskan usaha bersepadu membanteras kegiatan jenayah berkaitan keselamatan siber termasuk sindiket penipuan dalam talian.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata komitmen itu dicapai selepas perbincangan dengan Duta Besar Iran di Malaysia Ali Asghar Mohammadi di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
"Menerima kunjungan hormat TYT Ali Asghar Mohammadi, Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia pagi tadi di KDN (Kementerian Dalam Negeri) Putrajaya.
"Antara perkara utama dan terawal yang dibincangkan adalah terkait isu keselamatan siber dan usaha bersepadu bagi membanteras sebarang jenayah yang melibatkan hal ini seperti sindiket penipuan dalam talian dan sebagainya," katanya menerusi catatan di Facebook.
Saifuddin Nasution berkata kedua-dua pihak turut mengulangi komitmen ke arah permeteraian memorandum persefahaman Pemindahan Banduan Antarabangsa (ITOP) melibatkan kedua-dua negara.
Selain itu, kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang turut disentuh serta menemui titik persefahaman yang cukup membantu dalam hubungan dua hala Kuala Lumpur-Tehran, katanya yang turut memuat naik beberapa keping gambar pertemuan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023
Saifuddin menerima kunjungan hormat Ali Asghar Mohammadi pagi tadi di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. -Facebook Saifuddin Nasution Ismail
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Malaysia-Iran terus usaha bersepadu banteras jenayah siber - Saifuddin Nasution
Malaysia dan Iran komited meneruskan usaha bersepadu membanteras kegiatan jenayah berkaitan keselamatan siber termasuk sindiket penipuan dalam talian.