awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kecam keganasan di Rakhine

Astro Awani
Astro Awani
25/11/2016
09:37 MYT
Malaysia kecam keganasan di Rakhine
Malaysia juga menyeru kerajaan Myanmar untuk mengambil langkah menangani penghapusan etnik yang didakwa sedang berlaku di utara Rakhine. - Gambar fail.
Malaysia mengecam konflik keganasan melanda wilayah utara Rakhine sejak beberapa bulan lalu yang menyebabkan ramai yang terkorban selain kehilangan tempat tinggal.
Kementerian Luar Negeri menyeru semua pihak terlibat dalam keganasan tersebut supaya berhenti mengambil tindakan yang akan memburukkan keadaan.
"Malaysia juga menyeru kerajaan Myanmar untuk mengambil langkah menangani penghapusan etnik yang didakwa sedang berlaku di utara Rakhine," kata kementerian dalam satu kenyataan hari ini.
Ia menambah bahawa Duta Myanmar akan dipanggil untuk menyampaikan kebimbangkan kerajaan Malaysia terhadap isu tersebut.
Kenyataan turut menyatakan Menteri Luar Negeri Anifah Aman akan bertemu dengan Menteri Luar Negeri dan kaunselor kerajaan Myanmar Aung San Suu Kyi secepat mungkin.
Topic Berkaitan
#Aung San Suu Kyi
#keganasan
#Rakhine
#Rohingya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan