awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peguam ditahan disyaki subahat seludup dadah ke penjara
Penduduk Kuching diminta siap siaga hadapi banjir ketika air pasang besar pada 2 dan 4 Jan
Senarai calon Exco baharu dipersembah kepada Raja Perlis minggu depan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kecam sekeras-kerasnya tindakan Israel larang operasi organisasi bantuan kemanusiaan di Gaza

Bernama
Bernama
01/01/2026
04:45 MYT
Malaysia kecam sekeras-kerasnya tindakan Israel larang operasi organisasi bantuan kemanusiaan di Gaza
WISMA PUTRA: Rejim Israel diwajibkan secara sah di bawah Konvensyen Geneva Keempat untuk memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan ke Gaza.
KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel untuk melarang dan menggantung operasi sebilangan besar organisasi bantuan kemanusiaan antarabangsa di Gaza.
Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan bahawa tindakan itu merupakan pelanggaran jelas terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Menurut Wisma Putra, langkah itu akan terus memburukkan lagi krisis dan malapetaka kemanusiaan yang sedia ada meruncing susulan perang rejim itu terhadap penduduk di wilayah Palestin yang telah berlarutan selama lebih dua tahun.
"Halangan terhadap bantuan kemanusiaan merupakan hukuman kolektif ke atas orang awam dan menjejaskan sifat berkecuali serta kebebasan petugas kemanusiaan.
"Rejim Israel diwajibkan secara sah di bawah Konvensyen Geneva Keempat untuk memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan ke Gaza," menurut kenyataan itu.
Wisma Putra berkata Malaysia menggesa komuniti antarabangsa bertindak tegas bagi memaksa Israel membatalkan keputusannya dengan serta-merta dan memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan sepenuhnya tanpa sekatan, atau rejim itu perlu dipertanggungjawabkan atas pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Malaysia turut menegaskan semula solidariti yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin dan akan terus memperjuangkan penamatan pencerobohan Israel, penarikan balik sekatan ke atas Gaza, serta penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Wisma Putra
#bantuan kemanusiaan
#langgar undang-undang kemanusiaan antarabangsa
#Israel
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami