Malaysia mengekalkan kedudukannya dalam kalangan 20 daripada 61 negara paling kompetitif di dunia mengikut senarai Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2016 (WCY) yang diterbitkan oleh pusat daya saing dunia, Institute for Management Development (IMD) yang berpangkalan di Lausanne, Switzerland.
Bagaimanapun kedudukan Malaysia turun lima kedudukan ke tempat ke-19 daripada tempat ke-14 pada tahun lepas disebabkan oleh kejatuhan harga komoditi, dolar yang kukuh dan penyusutan lembaran imbangan dalam sektor awam dan swasta, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan.
Ranking itu dinilai bagi 61 negara tahun ini berbanding 60 tahun lepas.
Senarai 20 negara teratas itu ialah:
RANKING SCORE
1) Hong Kong (100.00)
2) Switzerland (98.02)
3) USA (97.88)
4) Singapura (97.65)
5) Sweden (92.35)
6) Denmark (91.76)
7) Ireland (91.54)
8) Netherlands (91.32)
9) Norway (90.05)
10)Kanada (90.05)
11)Luxembourg (90.02)
12)Jerman (88.57)
13)Qatar (86.72)
14)Taiwan (86.37)
15)UAE (86.07)
16)New Zealand (85.61)
17)Australia (84.27)
18)United Kingdom (83.34)
19)Malaysia (83.05)
20)Finland (82.04)
Mustapa berkata Malaysia mendahului Finland (tempat ke-20), Israel (ke-21), Belgium (ke-22), Iceland (ke-23), Austria (ke-24), tanah besar China (ke-25), Jepun (ke-26), Republik Czech (ke-27), Thailand (ke-28) dan Korea Selatan (ke-29).
Dalam ringkasannya, WCY menyenaraikan Malaysia di tangga pertama dalam kalangan 31 negara dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita kurang daripada US$20,000, mengekalkan kedudukan pertamanya selama tiga tahun berturut-turut.
"Dalam kalangan 28 negara dengan penduduk melebihi 20 juta, Malaysia berada di kedudukan ketujuh. Dalam Asean, Malaysia kekal di kedudukan kedua dan di kedudukan keenam dalam kalangan 14 negara di rantau Asia Pasifik," kata menteri itu.
Beliau berkata berikutan ketidaktentuan ekonomi dunia, Malaysia perlu meningkatkan usaha.
Mustapa berkata ranking berkenaan jelas menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi semasa bukan bermakna jaminan daya saing di masa depan, dan corak yang sama yang dapat dilihat dalam kalangan semua negara dalam 20 ekonomi terbaik iaitu peraturan mesra perniagaan serta infrastruktur fizikal.
Malaysia pada kedudukan ke-14 dalam Kecekapan Perniagaan dan antara 10 terbaik dalam Pasaran Tenaga Kerja pada tempat keenam (2015:keempat) dan amalan Pengurusan pada kedudukan kesembilan (2015:keenam), manakala meningkat tiga kedudukan dalam Produktiviti dan Kecekapan ke tempat ke-21 (2015:ke-24).
Kedudukan negara susut dalam Kewangan dan Sikap dan Nilai, masing-masing sebanyak lima dan tiga kedudukan, kepada kedudukan ke-20 dan ke-11.
Mustapa berkata, pertumbuhan ekonomi yang kukuh penting untuk memastikan Malaysia mencapai aspirasi untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.
"Dalam konteks ini, inisiatif kita di bawah Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi akan teruskan seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ke-11.
"Strategi pembangunan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 menggariskan produktiviti sebagai pengubah untuk mencapai pertumbuhan yang mampan dan inklusif.
"Kita juga memberi tumpuan kepada usaha mengubah industri pembuatan selaras dengan perubahan pesat hasil daripada apa yang dikatakan oleh sesetengah orang sebagai 'Revolusi Perindustrian Keempat'," katanya.
WCY 2016 berdasarkan kepada analisis lebih daripada 340 kriteria yang diperoleh daripada empat faktor: Prestasi Ekonomi, Kecekapan Kerajaan, Kecekapan Perniagaan dan Infrastruktur.
Malaysia turun lima anak tangga dalam Prestasi Ekonomi ke tempat ke-11 daripada tempat keenam pada 2015.
Penurunan dalam sub-faktor Ekonomi Dalam Negeri kepada ke-22 (2015: ke-15), Perdagangan Antarabangsa kepada ke-21 (2015: ke-11) dan Pelaburan Antarabangsa kepada ke-16 (2015: kelapan) menyumbang kepada penurunan keseluruhan faktor Prestasi Ekonomi, manakala negara mengekalkan kedudukan 10 teratas dalam dua sub-faktor iaitu Pekerjaan di tempat kesembilan (2015: ketujuh) dan Harga di kedudukan ketujuh (2015: ketiga).
Bernama
Tue May 31 2016
Ranking itu dinilai bagi 61 negara tahun ini berbanding 60 tahun lepas. - Gambar fail
Dakwa atau bebas? Nasib ibu bapa Zayn diketahui hari ini
Teka-teki mengenai nasib ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang direman bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme terbabit akan diketahui hari ini, sama ada didakwa atau dibebaskan dengan jaminan polis.
Reman terhadap pasangan itu tidak akan disambung lagi selepas direman selama 13 hari, berakhir hari ini.
Untuk perkembangan lanjut kita bersama dengan wartawan Afiezy Azaman yang hensem.
Reman terhadap pasangan itu tidak akan disambung lagi selepas direman selama 13 hari, berakhir hari ini.
Untuk perkembangan lanjut kita bersama dengan wartawan Afiezy Azaman yang hensem.
Isu hak asasi manusia di Korea Utara dibangkitkan di PBB
Rusia dan China tidak berjaya menyekat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bersidang mengenai keadaan hak asasi manusia di Korea Utara.
Pejuang Houthi kini sasar kapal Tutor
Pejuang Houthi Yaman menyasarkan 'kapal Tutor' di Laut Merah, yang telah dilanggar dan ia berdepan bahaya untuk karam.
Pentagon gesa Israel dan Lubnan kurangkan ketegangan
Tentera Amerika Syarikat menggesa pengurangan ketegangan yang meningkat antara Israel dan Lubnan.
Sebahagian besar penduduk Gaza hadapi bencana kebuluran
Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata sebahagian besar penduduk di Gaza menghadapi bencana kebuluran bencana dan kelaparan.
TH jadi pemudah cara warga Malaysia di luar negara kerjakan haji
Dua pasangan rakyat Malaysia bermastautin di luar negara, masing-masing di New Zealand dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE), bersyukur Lembaga Tabung Haji menjadi pemudah cara bagi mereka untuk membolehkan mendapat tawaran menjadi tetamu Allah pada musim haji 1445H/2024M.
BNM sedang teliti pelbagai langkah untuk kestabilan ringgit - Timbalan Gabenor
Syarikat korporat yang mempunyai baki mata wang asing digalakkan membawa pulang dan menukar mata wang asing mereka.
Penentuan nasib ibu bapa Zayn Rayyan hari ini
Hari ini, keputusan sama ada ibu bapa Zayn Rayyan akan dibebaskan atau dituduh berkaitan kes kematian anak mereka. Reman tamat, tiada lagi lanjutan boleh dibuat.
Sampel kanak-kanak maut sedang dianalisis - Kimia Malaysia
Bahagian Toksikologi Pusat Analisis Sains Forensik Jabatan Kimia Malaysia (Kimia Malaysia) sedang menganalisis sampel darah mangsa berusia dua tahun yang mati disyaki akibat keracunan makanan.
Bersatu sepatutnya pertandingkan jawatan presiden - Penganalisis
Katanya, Bersatu sepatutnya berani dan tidak terikut-ikut dengan tindakan parti-parti lain yang tidak mempertandingkan jawatan tertinggi.
Kuala Lumpur melonjak 16 mata ke tangga ke-73 bandar raya paling pintar di dunia
Beberapa prestasi KL membanggakan, termasuk kemudahan pembelian tiket dalam talian dan kebolehcapaian penyenaraian pekerjaan dalam talian.
Lewat buka semula sempadan faktor Malaysia di tangga ke-32 Ranking Daya Saing Dunia IMD 2022
Trend penurunan ranking WCR jelas dilihat kepada negara-negara yang lewat membuka semula sempadan antarabangsa kerana pandemik COVID-19.
Malaysia kekal antara 20 negara paling berdaya saing
Malaysia mengekalkan kedudukannya dalam kalangan 20 daripada 61 negara paling kompetitif di dunia mengikut senarai WCy yang diterbitkan oleh pusat daya saing dunia.
10 negara modal insan terbaik dunia
Malaysia berada di kedudukan ke-5 dalam Laporan Modal Insan 2014 yang dikeluarkan oleh Institut Antarabangsa untuk Pengurusan Pembangunan (IMD).