Malaysia kekal berdaulat, tidak tunduk pada kuasa asing - PM Anwar

Anwar menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Konvensyen Pengajian Islam Institut Pengajian Tinggi Antarabangsa 2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini. - Foto Bernama
BANGI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia tidak pernah tunduk dengan mana-mana kuasa asing dalam menentukan soal dasar luar serta hubungan dagang, sebaliknya negara ini kekal berdaulat dan bebas.
Ringkasan AI
- Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak pernah tunduk kepada mana-mana kuasa asing dalam dasar luar negara serta hubungan dagang, menegaskan kedaulatan negara kekal terjaga.
- Beliau menafikan dakwaan tunduk kepada Amerika Syarikat berikutan Perjanjian Perdagangan Tindak Balas (ART), menyatakan Malaysia tidak terhalang untuk bertindak mengikut kepentingan keselamatan negara.
- Anwar akan menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Afrika Selatan sebagai tindak balas terhadap pemboikotan Amerika, memperlihatkan Malaysia sebagai negara bebas, bermaruah, dan merdeka dalam mengekalkan dasar luar sendiri.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Konvensyen Pengajian Islam Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Antarabangsa 2025, di sini hari ini.
Anwar berkata beliau tetap menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Afrika Selatan minggu hadapan, meskipun Amerika memilih untuk memboikot sidang tersebut.
"Saya hadir kerana jemputan Presiden Afrika Selatan (Matamela Cyril Ramaphosa). Saya tidak tunduk pada dasar luar Amerika. Kita ada dasar kita sendiri. Malaysia ini negara bebas, bermaruah dan merdeka," tegas Perdana Menteri.
Pada masa sama, Anwar menegaskan Malaysia tidak pernah menyokong pelan 20-point plan for Gaza sebaliknya konsisten mengangkat penyelesaian komprehensif bagi Gaza dan Palestin.
"Itu beza besar. Penyelesaian komprehensif bermaksud mengiktiraf hak Gaza dan Palestin sebagai negara merdeka dan berdaulat, serta menolak kekejaman Israel di Tebing Barat," kata beliau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


