Skip to main content

Malaysia

Malaysia kekal rakan dipercayai Australia - PM Anwar

PUTRAJAYA, 16 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut kehadiran rakan sejawatnya dari Australia Anthony Albanese pada sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, bersempena lawatan rasmi tiga harinya ke Malaysia dari 15 hingga 17 April.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA  PUTRAJAYA, April 16 -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim welcomes his Australian counterpart Anthony Albanese at an official welcome at the Perdana Putra Complex, in conjunction with his three-day official
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut kehadiran rakan sejawatnya dari Australia Anthony Albanese pada sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, bersempena lawatan rasmi tiga harinya ke Malaysia dari 15 hingga 17 April. - Foto Bernama

PUTRAJAYA: Malaysia akan sentiasa menjadi rakan yang boleh dipercayai kepada Australia serta komited untuk terus memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang strategik termasuk tenaga, perdagangan dan pertanian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia dan Australia akan terus bersama dalam susah dan senang seperti yang telah diamalkan sejak sekian lama menerusi hubungan dua hala yang kukuh.

Advertisement

Menurut beliau, perbincangan bersama rakan sejawatnya, Anthony Albanese sempena lawatan kerja turut merangkumi perdagangan, pelaburan dan pertanian, dengan isu tenaga menjadi antara fokus utama.

“Malaysia dan Australia berkongsi hubungan saling bergantung yang kukuh dalam sumber tenaga, termasuk bahan api dan gas asli cecair (LNG). Kita mempunyai perjanjian sedia ada, dan hari ini kita menegaskan semula komitmen terhadap perjanjian tersebut.

“Kita juga telah menandatangani Kenyataan Bersama mengenai Keselamatan Tenaga yang mencerminkan komitmen terhadap bekalan tenaga yang stabil dan berdaya tahan,” katanya dalam sidang media bersama Perdana Menteri Australia di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kedua-dua negara menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Department of Agriculture, Forestry and Fisheries Australia.

Beliau berkata perjanjian itu dijangka meningkatkan akses pasaran bagi kedua-dua negara, selain memperkukuh kerjasama dalam sektor pertanian termasuk perkongsian kepakaran.

“Jangan sesiapa memandang ringan kepentingan apa yang telah ditandatangani hari ini. Apabila rantaian bekalan terganggu dan harga makanan meningkat, perjanjian seperti ini memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menghargai pendirian Australia yang menyeru penamatan permusuhan di Gaza, menyokong bantuan kemanusiaan serta berusaha ke arah penyelesaian berkekalan.

Anwar menegaskan dunia tidak boleh memalingkan pandangan dan membiarkan gencatan senjata menjadi sekadar kesunyian “seperti di tanah perkuburan”.

“Apa yang diperlukan oleh rakyat Palestin ialah penyelesaian yang adil dan berkekalan, iaitu sebuah negara yang berdaya maju serta berdaulat. Malaysia tidak akan berganjak daripada prinsip ini,” katanya lagi.

Albanese sedang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dan disambut secara rasmi di Kompleks Perdana Putra, hari ini.

Must Watch Video