Negara akan mengalami tempias seperti Tsunami Lautan Hindi yang berlaku pada 2004 dalam masa 500 ribu tahun lagi.
Ketua Kluster, Sumber Asli dan Alam Sekitar, Majlis Profesor Negara (MPN) Profesor Emeritus Dr Datuk Ibrahim Komoo berkata, teori itu mungkin menjadi lebih awal dengan situasi bencana iklim yang makin serius dan perlu diberikan perhatian sekarang.
"Putaran pergerakan bawah tanah di Malaysia lebih kurang 500 ribu tahun, maknanya dia boleh aktif dan akan jadi kurang aktif dan aktif semula
"Zaman aktifnya pada 2004, iaitu lima atau enam tahun sebelum itu sehingga 2010. Selepas itu berlakunya keaktifan besar dan kumpul tenaga untuk 500 ribu tahun. Jadi ia tidak dipengaruhi iklim dan tahu tempat-tempat berlakunya kejadian.
"Jalur api ada itu di selatan Sumatera, Pulau Jawa dan juga banjaran gunung berapi yang berada sepanjang Pulau Jawa, Sumatera, Filipina dan Jepun," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
BACA: Tragedi Tsunami 2004: "Nasib baik nampak tangan bawah runtuhan, kalau tidak ..."
Tugu Tsunami yang dibina daripada 26 bot nelayan yang rosak akibat tsunami pada 2004 di Kota Kuala Muda, Kuala Muda, Kedah
Hari ini genap 13 tahun tragedi tsunami yang merupakan antara bencana alam terburuk dalam sejarah manusia.
Bencana alam itu telah mengorbankan lebih 230,000 orang dari 14 buah negara termasuk Malaysia.
Indonesia mencatatkan angka korban tertinggi iaitu kira-kira 170,000 orang, diikuti Sri Lanka (35,322 orang), India (18,045 orang) dan Thailand (8,212 orang) manakala kematian di negara-negara lain di bawah 100 orang.
Mengikut Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS), jumlah korban mencecah 283,000 orang dengan 14,000 lagi hilang dan 1,126 juta hilang tempat tinggal.
Bagaimanapun jelas Ibrahim yang juga Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari), Universiti Kebangsaan Malaysia, rakyat tidak perlu risau kerana Malaysia hanya akan mendapat tempias bencana ini walaupun 500 ribu tahun akan datang.
"Kalau kejadian sangat besar, kita dapat tempias sahaja, kalau kecil kita tidak terkesan.
"Seperti tsunami, kita hanya berhadapan risiko rendah, jangan risau," ujarnya.
Tambahnya, kebanyakan bencana sama ada berkait dengan iklim atau berkait dengan aktiviti bawah selain pergerakan bawah bumi.
"Dalam isu berkait iklim memang kita dapat lihat frekuensi itu dan pusarannya tinggi magnitud jelas adalah disebabkan iklim.
"Maknanya bila iklim tidak menentu, hujan lebat di luar dugaan akan menyebabkan banjir berlebihan.
"Sementara kejadian di luar dugaan adalah tanah runtuh selain aliran lumpur banjir yang terus meningkat disebabkan perubahan iklim.
"Tetapi aktiviti disebabkan pergerakan bawah bumi tidak dipengaruhi iklim tetapi dipengaruhi keaktifan gerakan bawah bumi," jelasnya.
Apabila tsunami pertama kali melanda negara ini pada 26 Disember 2004, sejumlah 68 orang disahkan terbunuh manakala enam lagi dilaporkan hilang dan lebih 5,000 orang hilang tempat tinggal.
Bencana itu membabitkan empat buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Wan Syamsul Amly
Tue Dec 26 2017
IBRAHIM: "Kalau kejadian sangat besar, kita dapat tempias sahaja, kalau kecil kita tidak terkesan. - Sumber gambar UKM
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
AWANI Pagi: Wajarkah asas teknologi AI diajar dalam pendidikan rendah?
Apa rasional di sebalik cadangan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat sekolah rendah? Dr Khadijah Said Hashim, Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM akan berkongsi pandangannya sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya dalam #AWANIPagi
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Gagal capai sasaran, kerajaan tak boleh pandang ringan
Kegagalan Kerajaan untuk mencapai sasaran 30 juta pendaftar menjelang hujung bulan 3 ini harus dijadikan sebagai satu isyarat bahawa masih ada segelintir yang skeptikal tentang sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Arab Saudi dipilih pengerusikan Suruhanjaya Status Wanita (CSW) ke-69
Arab Saudi dipilih sebulat suara pada Rabu untuk mempengerusikan badan wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Status Wanita (CSW).
Tokoh Wartawan Negara 2014, meninggal dunia
2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia di kediamannya 2 pagi Jumaat
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
Pemindahan pertama buah pinggang babi beri sinar kepada pesakit
Kejayaan prosedur pembedahan pemindahan buah pinggang babi ke manusia yang pertama di Amerika Syarikat (AS) disifatkan sebagai kemajuan besar di negara itu.
Ahli Parlimen AS setuju elak penutupan kerajaan sebelum tarikh akhir
Pemimpin Kongres AS telah mencapai persetujuan untuk menghalang penutupan sebahagian kerajaan persekutuan yang dijadualkan pada tengah malam Jumaat ini, kata Ahli Parlimen pada Rabu.
Rusia mahu UNSC bincang serangan AS ke atas Iraq, Syria
Rusia pada Sabtu mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq dan Syria serta meminta mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UNSC) untuk membincangkan isu berkenaan.
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Chicago, Dewan Bandaraya gesa gencatan senjata
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Dewan Bandaraya Chicago, Amerika Syarikat untuk menyatakan protes terhadap serangan Israel yang berterusan di Gaza pada Rabu.
Anak, menantu sembunyi mayat bapa demi duit pencen
Pasangan itu sanggup menyembunyikan mayat warga emas itu dalam rumah mereka selama enam tahun demi mengambil wang persaraan bulanannya.
Penutupan sempadan Mexico-AS tidak rasional - Andres
Cadangan penutupan sempadan Mexico dan Amerika Syarikat (AS) adalah mustahil dan merupakan keputusan politik yang tidak rasional.
Kongres AS setuju perjanjian perbelanjaan untuk elak penutupan kerajaan
Kongres Amerika Syarikat (AS) bersetuju dengan perjanjian perbelanjaan jangka pendek untuk menghalang kemungkinan penutupan kerajaan sehingga Mac.
Tentera AS serang 3 kapal Houthi di Laut Merah
Sekurang-kurangnya 10 anggota Houthi Yaman terbunuh selepas tentera AS menyerang tiga kapal milik kumpulan itu di Laut Merah.
AS bertanggungjawab ke atas perang Israel-Hamas
Menurut jurucakap Kementerian Luar Iran, Naseer Kaanani, AS merupakan sebahagian daripada jenayah perang yang berlaku di Gaza.
Ops Ihsan: Kemasukan barangan bantuan 'disaring' sebelum lepasi pintu Rafah
Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan Jismi Johari memaklumkan pihaknya mengambil insiatif mengadakan perbincangan awal dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.