awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS dalam proses lengkapkan prosedur pengambilan 200 bekas tentera
Phuket semak semula pengurusan sisa untuk pelancongan mampan
India puji keberanian Malaysia laksana reformasi buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia komited laksana Pelan Hala Tuju Bebas Jerebu ASEAN 2030

Khalis Khadir
Khalis Khadir
02/09/2025
12:15 MYT
Malaysia komited laksana Pelan Hala Tuju Bebas Jerebu ASEAN 2030
NRES menegaskan, mesyuarat itu menjadi bukti komitmen bersama negara anggota memperkukuh kerjasama serantau dalam perlindungan alam sekitar, menangani perubahan iklim serta pencemaran jerebu rentas sempadan. - Gambar NRES
KUALA LUMPUR : Malaysia komited melaksanakan Pelan Hala Tuju Bebas Jerebu ASEAN 2023–2030 dalam memperkukuh usaha serantau ke arah ASEAN bebas jerebu rentas sempadan menjelang 2030.
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam kenyataan memaklumkan, pelan itu penting untuk memastikan tindakan negara anggota yang lebih tersusun sekali gus menghasilkan impak positif.
Jelas kenyataan itu, perkara berkenaan juga termasuk dalam aspek kesiapsiagaan menghadapi kebakaran hutan dan tanah gambut serta pengurusan lestari sumber alam.
Agenda itu ditekankan dalam Mesyuarat Jawatankuasa ke-20 (COM-20) di bawah Persidangan Pihak-Pihak kepada Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan (AATHP) yang dipengerusikan Malaysia di Langkawi pada Selasa.
"Melalui pencegahan menyeluruh, negara anggota ASEAN akan memperketat penguatkuasaan undang-undang berkaitan pembakaran terbuka, memperkukuh pemantauan kawasan berisiko kebakaran serta menggalakkan amalan guna tanah mampan di peringkat tempatan dan serantau.
"Antara lain ialah, penambahbaikan sistem amaran awal dengan penggunaan teknologi satelit, pemodelan dan ramalan cuaca untuk mengenal pasti risiko awal dan perkongsian data secara masa nyata antara negara anggota.
“ASEAN juga menyatakan sokongan dan kerjasama antarabangsa dengan mendapatkan kepakaran teknikal dan teknologi moden, termasuk satelit beresolusi tinggi serta perkongsian pengalaman terbaik dalam pencegahan jerebu,” jelas kenyataan itu.
Mesyuarat itu juga membincangkan Bajet Kawalan Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan ASEAN, di samping kemajuan serantau dalam pelaksanaan AATHP.
Antara tumpuan perbincangan termasuk Pelan Hala Tuju ASEAN Bebas Jerebu Kedua serta penubuhan Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Kawalan Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan.
Mesyuarat itu menjadi platform penting menjelang Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar ASEAN ke-18 (AMME-18) yang akan membuka tirai secara rasmi pada Rabu.
NRES menegaskan, mesyuarat itu menjadi bukti komitmen bersama negara anggota memperkukuh kerjasama serantau dalam perlindungan alam sekitar, menangani perubahan iklim serta pencemaran jerebu rentas sempadan.
“Hasil perbincangan ini akan menyumbang kepada pengukuhan usaha kolektif ASEAN ke arah rantau yang mampan, berdaya tahan dan bebas jerebu,” jelas kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#NRES
#AMME18
#jerebu
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan