Malaysia komited sokong usaha damai Thailand-Kemboja - Mohamed Khaled

Malaysia kekal komited menyokong usaha Thailand dan Kemboja dalam memperkukuh keamanan serta kestabilan di sepanjang sempadan kedua-dua negara. - Foto Facebook Khaled Nordin
KUALA LUMPUR: Malaysia kekal komited menyokong usaha Thailand dan Kemboja dalam memperkukuh keamanan serta kestabilan di sepanjang sempadan kedua-dua negara, sejajar dengan semangat persefahaman bersama dan kerjasama serantau di bawah kerangka ASEAN.
Ringkasan AI
- Malaysia menyokong usaha Thailand dan Kemboja memperkukuh keamanan serta kestabilan di sempadan kedua-dua negara di bawah kerangka ASEAN.
- Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata persetujuan dalam Mesyuarat Khas GBC ke-2 di Kuala Lumpur diharap menjamin keamanan berkekalan.
- Thailand dan Kemboja sebelum ini bersetuju mempercepat usaha penandaan sempadan selepas ketegangan ketenteraan yang berjaya diredakan hasil rundingan dicetuskan Malaysia.
"Malaysia berharap persetujuan yang dicapai hari ini serta proses damai yang sedang dijalankan akan terus dihormati demi menjamin keamanan berkekalan di kawasan sempadan.
"Malaysia berbangga menjadi tuan rumah dan memupuk hubungan erat dengan kedua-dua negara rakan ini, yang mencerminkan peranan aktif Malaysia dalam menggalakkan keamanan serta kestabilan di rantau ASEAN," katanya.
Thailand dan Kemboja telah mengadakan mesyuarat GBC pertama di Wilayah Koh Kong, Kemboja pada 10 Sept lepas.
Terdahulu, Bernama melaporkan Thailand dan Kemboja bersetuju untuk mempercepat usaha berterusan menandakan sempadan darat bersama susulan Mesyuarat Khas Suruhanjaya Bersama Penandaan Sempadan Darat (JBC) selama dua hari yang diadakan di wilayah Chanthaburi, timur Thailand, dari 21 hingga 22 Okt.
Kedua-dua negara itu sedang berusaha mewujudkan keamanan berkekalan di sepanjang sempadan bersama sepanjang 817 kilometer, yang sejak sekian lama menjadi punca pertikaian.
Ketegangan antara Thailand dan Kemboja memuncak kepada konfrontasi ketenteraan di kawasan sempadan Oddar Meanchey dan Preah Vihear pada 24 Julai lepas, sebelum kedua-dua pihak bersetuju mengadakan gencatan senjata selepas usaha rundingan dicetuskan oleh Malaysia di Putrajaya pada 28 Julai.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami