awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kemampuan PDRM tangani ancaman keganasan diiktiraf di peringkat antarabangsa - Saifuddin
DUNIA
Ilie Bolojan dilantik Perdana Menteri Romania selepas persetujuan kerajaan gabungan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Malaysia komited tingkat kerjasama ASEAN perkukuh statistik rasmi - DOSM

Bernama
Bernama
20/06/2025
13:00 MYT
Malaysia komited tingkat kerjasama ASEAN perkukuh statistik rasmi - DOSM
Mohd Uzir berkata lawatan sambil belajar itu mencerminkan aspirasi bersama ASEAN untuk memperkasakan keupayaan statistik dan pemodenan sistem. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Malaysia komited untuk meneruskan kerjasama dengan Biro Perangkaan Laos (LSB) dan negara anggota ASEAN lain menerusi Rangka Kerja ASEAN-Bantu-ASEAN (AHAF) dan Sistem Statistik Komuniti ASEAN (ACSS) khususnya dalam memperkukuh peranan statistik rasmi bagi memenuhi keutamaan serantau.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan kerjasama itu juga sebagai persediaan menghadapi pelaksanaan pelan strategik ASEAN akan datang.
DOSM telah menerima lawatan sambil belajar selama empat hari daripada LSB dari 16 Jun hingga semalam, yang berperanan sebagai platform strategik untuk kerjasama serantau dan perkongsian ilmu antara institusi peer-to-peer atau rakan serantau selaras AHAF dan peranan Malaysia selaku Pengerusi ACSS 2025.
"Lawatan ini dilaksanakan di bawah inisiatif AHAF, satu mekanisme serantau yang diselaraskan oleh ASEANstats bagi menggalakkan pembelajaran bersama dan pembangunan kapasiti dalam kalangan negara anggota ASEAN," menurut DOSM dalam kenyataan hari ini.
DOSM memaklumkan penglibatan berkenaan merupakan komponen strategik dalam Projek Kerjasama Statistik Lao PDR-Luxembourg (LLPS) Fasa 2 yang disokong oleh Bank Dunia, bertujuan memodenkan infrastruktur statistik Lao PDR melalui transformasi digital, pembangunan kapasiti dan kerjasama serantau.
"Lawatan sambil belajar ke Malaysia ini adalah satu pencapaian penting yang memperlihatkan bagaimana AHAF dan kerjasama serantau dapat mempercepat pembangunan statistik negara," menurut DOSM.
AHAF yang dilancarkan pada 2021 merupakan satu inisiatif sokongan rakan setara di bawah ACSS yang memudah cara perkongsian pengetahuan, sistem dan amalan terbaik statistik dalam kalangan negara anggota ASEAN.
Sejak diperkenalkan, sebanyak 68 sesi latihan telah dilaksanakan di bawah AHAF dan DOSM telah menyumbang kepakaran sebagai tenaga pengajar dalam 29 program terbabit.
Sementara itu, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata lawatan sambil belajar itu mencerminkan aspirasi bersama ASEAN untuk memperkasakan keupayaan statistik dan pemodenan sistem.
"Malaysia berbesar hati untuk menyumbang khususnya dalam mempromosikan integrasi data, daftar perniagaan statistik dan kepercayaan terhadap statistik rasmi," katanya.
Mohd Uzir berkata kerjasama berkenaan selaras dengan visi ACSS untuk meningkatkan keterlihatan dan kerelevanan statistik, terutamanya apabila ASEAN bergerak ke arah pelan strategik baharu yang akan memerlukan penunjuk yang lebih terperinci dan tepat pada masanya, khususnya dalam bidang baharu seperti daya tahan iklim, ekonomi digital dan pembangunan terangkum.
"Sebagai sebahagian daripada Pengerusi ACSS 2025, DOSM telah menjemput LSB untuk menyertai Pasukan Petugas ACSS yang baharu ditubuhkan mengenai Kesedaran dan Libat Urus Statistik. Pasukan ini akan menyelaras aktiviti promosi bagi Sambutan Hari Statistik Sedunia 2025 dan menyokong inisiatif ke arah mewujudkan masyarakat yang lebih celik data di seluruh ASEAN," katanya.
Beliau berkata lawatan berkenaan turut menegaskan peranan penting ASEANstats dalam menyelaras dan menyebarkan statistik berkualiti tinggi yang menyokong penggubalan dasar dan integrasi serantau.
Mohd Uzir berkata data terkini ASEANstats menunjukkan daya saing ekonomi ASEAN, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah USD3.9 trilion pada 2024 dan perdagangan intraASEAN kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Dunia
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#KDNK
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami