Malaysia kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) kerana terus mengingkari gesaan demi gesaan oleh masyarakat antarabangsa untuk rejim Pyongyang mencari penyelesaian secara aman bagi menangani situasi di Semenanjung Korea.
Wisma Putra dalam satu kenyataan malam ini berkata pelancaran peluru berpandu balistik antara benua oleh rejim itu hari ini sekali lagi terang-terang mencabuli resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu berkaitan DPRK, dan seterusnya menjejaskan usaha ke arah perlucutan senjata nuklear dan pembatasan senjata.
"Tindakan provokatif DPRK amat membimbangkan dan hanya memburukkan lagi ketegangan yang telahpun wujud di Semenanjung Korea, dan menjejaskan usaha oleh masyarakat antarabangsa untuk mencari penyelesaian dan keamanan yang berkekalan di rantau tersebut.
BACA: Korea Utara sekali lagi lancar peluru berpandu balistik
BACA: Pyongyang umum kejayaan uji peluru berpandu balistik Hwasong-15
"Malaysia dengan keras mendesak DPRK supaya menghentikan daripada terus melancarkan peluru berpandu, menggalakkannya untuk meredakan ketegangan, dan kembali kepada dialog dan rundingam damai, demi menjaga keamanan dan keselamatan antarabangsa," kata Wisma Putra.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2017
Malaysia kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) kerana terus mengingkari gesaan demi gesaan oleh masyarakat antarabangsa. - Foto REUTERS
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Battle Of The Reds: Legenda Liverpool masih bertenaga
Legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Korea Utara lancar ujian peluru berpandu Hwasong-15 antara benua - Laporan
Peluru berpandu itu dilancarkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pyongyang pada petang Sabtu.
Korea Utara ikrar jadi negara kuasa nuklear paling berkuasa
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un berkata negaranya berhasrat memiliki pasukan kuasa nuklear terbesar di dunia pada satu hari nanti.
Korea Utara anjur perarakan, pamer aset ketenteraan
Buat kali pertama dalam tempoh dua tahun, Pyongyang pamer peluru berpandu antara benua atau ICBM.
Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu antara benua terbaharu oleh DPRK
Malaysia kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) kerana terus mengingkari gesaan demi gesaan oleh masyarakat antarabangsa.
Pyongyang umum kejayaan uji peluru berpandu balistik Hwasong-15
Pyongyang mendakwa keupayaan senjata terbaharunya itu mampu menyerang seluruh Amerika Syarikat.
Korea Utara sekali lagi lancar peluru berpandu balistik
Korea Utara telah lancarkan satu lagi peluru berpandu balistik, siri terbaru ujian yang meningkatkan tekanan dengan negara jiran dan Amerika Syarikat.
Korea Utara semakin hampir siapkan peluru berpandu antara benua
Korea Utara bakal melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) dalam tahun ini.