Malaysia hari ini mengutuk pelancaran empat peluru berpandu balistik Korea Utara dan mendesak negara itu menghentikan segera tindakan itu.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata tindakan itu mencetuskan ketegangan serantau dan sekali lagi melambangkan sikap tidak ambil peduli DPRK terhadap keamanan dan keselamatan di Semenanjung Korea, rantau ini dan dunia secara amnya.
"Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) terbukti menolak gesaan masyarakat antarabangsa supaya menghentikan pelancaran peluru berpandu," katanya.
Pelancaran peluru berpandu tersebut merupakan pencabulan jelas terhadap resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan dan menjejas peraturan pelucutan dan ketakcambahan senjata nuklear.
Malaysia menggesa DPRK menghentikan pelancaran semua peluru berpandu balistik, dan lebih penting lagi, mematuhi sepenuhnya resolusi-resolusi Majlis Keselamatan PBB berhubung DPRK.
Awal hari ini, Korea Utara melancarkan empat peluru berpandu dari pantai baratnya ke arah Laut Jepun.
Menurut kerajaan Jepun, peluru itu meluncur sejauh kira-kira 1,000km, dengan tiga daripadanya jatuh dalam zon ekonomi eksklusif Jepun.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2017
Malaysia hari ini mengutuk pelancaran empat peluru berpandu balistik Korea Utara dan mendesak negara itu menghentikan segera tindakan itu. - Gambar fail
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Korea Utara uji peluru berpandu balistik antara benua
Ia membuktikan keupayaan, kebolehpercayaan dan kegunaan ketenteraan Hwasongpho-18 dan mengesahkan kebolehpercayaan kuasa strategik nuklear DPRK.
Singapura batal permit kerja rakyat Korea Utara
Singapura membatalkan pas kerja warga Korea Utara yang memperoleh pendapatan di negara itu dan tidak akan mengeluarkan permit kerja baharu.
Media Malaysia 'diajar' panggil nama rasmi Korea Utara
Seorang penterjemah dari Korea Utara meminta media Malaysia berhenti memanggil nama negara itu sebagai Korea Utara, sebaliknya menggunakan nama rasminya, Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK).
Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara - Kementerian Luar
Malaysia hari ini mengutuk pelancaran empat peluru berpandu balistik Korea Utara dan mendesak negara itu menghentikan segera tindakan itu.