awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya peningkatan operasi ketenteraan di Gaza

Bernama
Bernama
14/05/2025
14:43 MYT
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya peningkatan operasi ketenteraan di Gaza
Hampir 2.4 juta rakyat Palestin di Gaza, kebanyakannya telah berulang kali diusir dari kediaman mereka, terus berhadapan dengan kebuluran, pengeboman berterusan dan ancaman pengusiran kekal. - Reuters
KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pengumuman terbaharu rejim Zionis Israel untuk terus meningkatkan serangan ketenteraan di Gaza, walaupun usaha ke arah gencatan senjata sedang giat dijalankan.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata tindakan rejim yang secara terang-terangan meneruskan genosid, menyebabkan kebuluran dan pengusiran besar-besaran penduduk Gaza atas nama "pemindahan secara sukarela", sambil mendesak negara-negara lain menerima pelarian Palestin yang diusir, merupakan pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa.
"Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya menuntut agar rejim Israel menghentikan kekejaman ini dan mematuhi undang-undang antarabangsa.
"Malaysia terus menyatakan solidariti yang tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin dalam perjuangan mereka yang sah untuk kebebasan, maruah dan pembentukan negara sendiri," kata Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra.
Menurut Wisma Putra, Malaysia menegaskan pendirian prinsipnya bahawa Palestin mesti diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara, serta diberikan keanggotaan penuh dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai negara yang setaraf.
Hampir 2.4 juta rakyat Palestin di Gaza, kebanyakannya telah berulang kali diusir dari kediaman mereka, terus berhadapan dengan kebuluran, pengeboman berterusan dan ancaman pengusiran kekal.
Hasrat Israel untuk mengekalkan kehadiran ketenteraan jangka panjang di Gaza hanya mengukuhkan lagi dasar penjajahan terhadap wilayah Palestin.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#Zionis
#Israel
#genosid
#gencatan senjata
#undang-undang antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan