awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia lebih kukuh kini berbanding krisis ekonomi Asia 1997 - Najib

Hamzah Hamid
Hamzah Hamid
25/08/2015
09:40 MYT
Malaysia lebih kukuh kini berbanding krisis ekonomi Asia 1997 - Najib
NAJIB: Perubahan mesti berjalan secara konsisten walaupun sukar dan melaksanakan dasar yang tidak popular. - Gambar Fail
Keadaan ekonomi Malaysia hari ini lebih kukuh berbanding sewaktu krisis kewangan pada tahun 1997, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut beliau yang juga Menteri Kewangan, Malaysia sudah belajar daripada kesan buruk krisis tersebut dan ditangani pula dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) negara.
"Kita mengurangkan fiskal defisit negara tiap-tiap tahun sejak 2009 daripada 6.7 peratus kepada 3.2 peratus menjelang akhir tahun ini.
"Maknanya perubahan mesti berjalan secara konsisten walaupun sukar dan (melaksanakan dasar) yang tidak popular," kata beliau.
Tambah Najib, lambat-laun rakyat akan menyedari bahawa perubahan itulah yang memberi Malaysia kelebihan apabila berdepan keadaan tidak menentu.
Kata beliau, keadaan ekonomi dan kewangan negara akan lebih sukar dikawal jika fiskal defisit masih pada paras yang terdahulu sebelum ETP dilaksanakan, subsidi minyak tidak dikurangkan dan GST tidak dilaksanakan.
Sementara itu, kerajaan sentiasa meletakkan perhatian yang tinggi kepada agensi seperti Perbendaharaan dan Kementerian Kewangan pada pengurusan kewangan dan ekonomi negara.
"Kita menggalas tanggungjawab dan amanah yang cukup berat tambah-tambah lagi dalam senario ekonomi global masa kini yang menerima tekanan daripada faktor-faktor yang luar daripada kawalan kita," ujar beliau.
Najib juga berkata, kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa khas yang akan bermesyuarat setiap hari sekiranya perlu, bagi memantau dan memberi cadangan langkah-langkah tambahan bagi menstabilkan ekonomi negara.
Beliau berkata demikian ketika hadir dalam Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Khas Perbendaharaan Malaysia 2014 di Dewan Utama Kompleks Kementerian Kewangan di sini.
Dalam majlis itu, seramai 65 petugas dari pelbagai bahagian, jabatan dan gred layak menerima anugerah atas kecemerlangan perkhidmatan mereka tahun lalu.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#ETP
#kewangan
#Najib Razak
#transformasi ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan