KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang baharu ke Pakistan, Mohammad Azhar Mazlan mahu memanfaatkan hubungan baik dan muhibah antara kedua-dua negara dengan membawanya ke tahap yang lebih tinggi dengan memberi tumpuan kepada bidang baharu dan khusus dalam kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan.
Mohammad Azhar melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Pakistan Dr Arif Alvi dan menyerahkan surat pentauliahnya pada majlis yang berlangsung di Aiwan-e-Sadr (Istana Presiden) di Islamabad pada Rabu.
"Pertemuan itu diakhiri dengan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua menyampaikan buku mengenai Pakistan kepada Pesuruhjaya Tinggi," kata kenyataan yang disediakan kepada Bernama oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pakistan.
Turut hadir ialah Setiausaha Tambahan (Pentadbiran) Kementerian Luar Negeri Pakistan, Setiausaha Tentera Presiden dan Ketua Protokol serta wakil dari Suruhanjaya Tinggi, isteri Pesuruhjaya Tinggi Amelia Amani Lee Abdullah, Atase Pertahanan Kolonel Noraripin dan setiausaha Ketiga Nor Azuan.
Menurut kenyataan itu hubungan antara Malaysia dan Pakistan sangat baik dan sebagai rakan strategik, kedua-dua negara mempunyai penglibatan rapat dalam perdagangan, pelaburan, pendidikan, kebudayaan, pelancongan, pertahanan dan bantuan teknikal dalam pembangunan kapasiti dan pembangunan modal insan.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut menyentuh isu-isu penting bersama dua hala dan serantau.
"Pada 2022, Pakistan merupakan rakan dagang ke-30 terbesar Malaysia, destinasi eksport ke-24 terbesar dan sumber import ke-40 terbesar.
"Antara negara Asia Selatan, Pakistan adalah rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia, destinasi eksport dan sumber import dengan jumlah dagangan pada 2022 antara kedua-dua negara bernilai AS$1.8 bilion," menurut kenyataan itu.
Eksport Malaysia ke Pakistan antara lain terdiri daripada minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit, produk pertanian dan produk perkilangan manakala import Malaysia dari Pakistan terdiri daripada produk pertanian, tekstil, pakaian dan kasut.
Pelaburan Malaysia di Pakistan bernilai AS$6 bilion dalam sektor tenaga, pembangunan perbandaran, pembinaan, bekalan, telekomunikasi dan perkhidmatan kewangan manakala nilai pelaburan Pakistan sebanyak AS$400 juta (0.4 bilion) di Malaysia yang antara lain dalam bahan kimia, produk kimia, pembuatan makanan dan produk plastik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023

Kedua-dua negara mempunyai penglibatan rapat dalam perdagangan, pelaburan, pendidikan, kebudayaan, pelancongan, pertahanan dan bantuan teknikal dalam pembangunan kapasiti dan pembangunan modal insan. - Foto Astro AWANI

Terbuka Perancis: Gauff tekad balas dendam bertemu Swiatek
Coco Gauff sedang berusaha untuk membalas dendam terhadap Iga Swiatek apabila mereka bertembung di suku akhir Terbuka Perancis.

Ruang sempit, jemaah terpaksa solat atas jalan
Bilangan penduduk semakin meningkat dengan jumlah rumah kediaman yang bertambah menyebabkan ruang sedia ada tidak mencukupi.

Legasi 20 tahun usahakan kebun jambu batu Louhan
Awalnya bermula dengan 100 anak pokok jambu batu yang dibawa balik dari Taiwan dan ditanam di Batu Pahat secara percubaan pada 2000.

Pemilik Newcastle ambil pegangan majoriti dalam empat kelab Saudi termasuk Al-Nassr
Kelab Al-Ittihad, Al-Ahli, Al-Nassr, Al-Hilal bertukar menjadi syarikat yang dimiliki PIF dan yayasan tidak berasaskan keuntungan.

Lambakan durian, peniaga mengeluh harga runtuh
Pengeluaran banyak tetapi permintaan kurang sekali gus menyebabkan ada peniaga bertindak 'buang harga'.

Isu kejatuhan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu dakwaan Pulau Pinang milik Kedah, serta kesan kejatuhan ringgit dijangka jadi tumpuan pada persidangan sidang Dewan Rakyat hari ini.

10 'warlord' UMNO sertai PN diumum sebelum PRN
Kata Razali, mereka yang terlibat adalah nama besar yang telah disisihkan UMNO.

Nahas kereta api: India mulakan siasatan rasmi
Siasatan awal menunjukkan kegagalan isyarat berkemungkinan menjadi punca pelanggaran yang mengorbankan 275 orang.

Pakistan halang liputan media terhadap Imran Khan
Pengawal selia media Pakistan mengeluarkan arahan untuk mengelakkan tercetusnya rusuhan.

Teo Nie Ching bakal hadiri ATxSG di Singapura
Teo kini berada di Singapura dalam rangka lawatan tiga hari bermula Isnin, diiringi pegawai-pegawai dari SKMM dan JPDP.

Malaysia mahu manfaatkan hubungan baik dengan Pakistan
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang baharu ke Pakistan, Mohammad Azhar Mazlan mahu memanfaatkan hubungan baik dan muhibah antara kedua-dua negara.