KUALA LUMPUR: Malaysia mampu beralih ke sektor pembuatan yang memberi nilai tambah lebih tinggi sekiranya negara mempunyai kesungguhan politik dan kerjasama yang lebih kukuh antara sektor awam dan swasta, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
"Jika dilihat keadaan sekarang ini, kita mendapati bahawa ramai pelabur yang berhijrah dari China ke Asia Tenggara dan ini merupakan peluang keemasan untuk Malaysia membangkitkan ekonomi negara," katanya.
Liew berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bagi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di Dewan Rakyat, hari ini.
Justeru, katanya, empat misi yang digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) juga perlu dilaksanakan secara serentak supaya negara dapat beralih menghasilkan produk di peringkat lebih tinggi dan sekali gus berupaya membayar gaji lebih tinggi dalam usaha menarik tenaga kerja tempatan kekal bekerja di Malaysia.
Empat misi tersebut adalah memajukan kompleksiti ekonomi; meningkatkan teknologi untuk membina negara berdigital; usaha ke arah 'Sifar Bersih', serta menjamin sekuriti ekonomi dan keterangkuman.
Beliau berkata, kestabilan politik, kerjasama antara semua pihak dan pelaksanaan misi yang terkandung dalam NIMP 2030 perlu dijalankan secara serentak bagi membangunkan industri pembuatan yang berkualiti tinggi supaya negara tidak terperangkap dalam menghasilkan produk yang bernilai rendah.
"Model tadbir urus NIMP 2030 mengambil pendekatan 'whole-of-nation approach' (pendekatan keseluruhan negara) yang akan melibatkan kolaborasi antara pihak kerajaan dan sektor swasta.
"Majlis Kebangsaan NIMP 2030 akan bertanggungjawab menggerakkan hala tuju strategik, pemantauan dan penyelarasan, serta pelaksanaan pelan tindakan manakala satu Unit Pengurusan Pencapaian (DMU) akan diwujudkan di MITI untuk menyelaras urusan pentadbiran berkaitan pemantauan dan penilaian NIMP 2030," katanya.
Menurutnya, NIMP 2030 disasar untuk memberi impak yang tinggi kepada kadar pertumbuhan ekonomi negara terutamanya bagi sektor pembuatan yang mana menerusi pelan ini nilai tambah sektor pembuatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka meningkat kepada RM587.5 bilion pada 2030.
"Unjuran ini adalah berdasarkan kadar pertumbuhan sebanyak 6.5 peratus termasuk sumbangan subsektor berimpak tinggi seperti elektrik dan elektronik, kimia, kenderaan elektrik, aeroangkasa, farmaseutikal, peranti perubatan dan bahan termaju," katanya.
Liew berkata jumlah pekerjaan sektor pembuatan juga dijangka meningkat kepada 3.3 juta pekerjaan pada 2030 pada kadar pertumbuhan 2.3 peratus.
"Trajektori pertumbuhan pekerjaan ini mengambil kira peningkatan dalam aktiviti bernilai tambah tinggi dan industri baharu serta kesan langsung peningkatan adaptasi automasi dan pendigitalan dalam sektor pembuatan," katanya.
Melalui NIMP 2030 juga, katanya, gaji penengah bagi sektor pembuatan dijangka meningkat daripada RM1,976.0 pada 2021 kepada RM4,510.0 pada 2030.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023

LIEW: Jika dilihat keadaan sekarang ini, kita mendapati bahawa ramai pelabur yang berhijrah dari China ke Asia Tenggara dan ini merupakan peluang keemasan untuk Malaysia membangkitkan ekonomi negara. - Gambar fail/BERNAMA

CFO Kumpulan IHH Joerg Ayrle diarahkan bercuti mulai 30 Sept 2023
Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO) IHH Healthcare Bhd Joerg Ayrle diarahkan bercuti mulai 30 Sept 2023 sehingga tamat kontrak pekerjaannya di Malaysia menjelang 31 Jan 2024.

Serangan seksual: Mahkamah kembalikan hukuman penjara 10 tahun terhadap peniaga
Mahkamah Rayuan mengembalikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya.

Siti Nurhaliza mahu bangunkan galeri sendiri
Menurut Siti, sungguhpun sudah lama mencetuskan idea untuk membangunkan sebuah galeri, namun masih tiada lagi perbincangan serius antara dirinya dan pihak pengurusan.
TNB mengorak langkah penting memacu TBB berskala besar
TNB mengorak langkah penting dalam komitmennya memacu TBB berskala besar dan inisiatif teknologi bersih dengan menerajui tiga projek utama yang digariskan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Perarakan Maulidur Rasul: 52 terbunuh dalam letupan di Balochistan Pakistan
Satu letupan kuat ketika perarakan sambutan maulidur rasul melanda wilayah Balochistan di barat daya Pakistan pada Jumaat, mengorbankan 52 nyawa manakala berpuluh-puluh yang lain.
Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM47.59 bilion daripada RM51.07 bilion pagi ini, tetapi mudah tunai dana islam meningkat kepada RM20.88 bilion daripada RM17.74 bilion sebelumnya.
Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM47.59 bilion daripada RM51.07 bilion pagi ini, tetapi mudah tunai dana islam meningkat kepada RM20.88 bilion daripada RM17.74 bilion sebelumnya.
Pantau Agenda Reformasi: Penarafan Universiti: Apa sumbangan kepada masyarakat?
Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa IsHAK, Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara
Tourism Malaysia lancar "Let's Go MRXD" musim kedua, guna teknologi Metaverse
Tourism Malaysia meneroka percubaan pertamanya ke dalam teknologi Metaverse dengan melancarkan "Let's Go MRXD" musim kedua dengan menampilkan pengalaman mengembara ke beberapa lokasi menarik di seluruh Malaysia menggunakan teknologi Metaverse.

'Berakhir sudah derita Afina Sofea' - Ibu reda pemergian anak hidap neuroblastoma
Nor Adibah Ahmad, 42, berkata, anak bongsu daripada empat beradik itu menghembuskan nafas terakhir tepat jam 12.35 tengah malam tadi.

Pendakwaan rayu pembebasan Muhyiddin berdasarkan 13 alasan
Pihak pendakwaan memohon kepada Mahkamah Rayuan supaya mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan memerintahkan supaya pertuduhan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dikekalkan.

Malaysia berkedudukan baik menerajui peluang ekonomi di ASEAN - Liew
Malaysia dilengkapi dengan tenaga kerja yang mampu berbahasa Inggeris, iklim politik yang stabil dan rangka kerja 'Common Law' yang mantap.

Belanjawan 2024 mampu jadi asas kebangkitan ekonomi negara
Usaha kerajaan ke arah matlamat kebangkitan ekonomi negara boleh dilihat menerusi pelbagai pelan hala tuju seperti NETR dan NIMP 2030.

Elak budaya silo untuk tingkatkan sinergi antara kementerian - Liew
Malaysia mampu mengelak bekerja secara silo dan mengakui potensi sinergi yang boleh dicapai menerusi kerjasama antara kementerian dalam dunia digital baharu.

Malaysia mampu beralih ke sektor pembuatan nilai tambah tinggi dengan kesungguhan politik - MITI
Malaysia mampu beralih ke sektor pembuatan yang memberi nilai tambah lebih tinggi sekiranya negara mempunyai kesungguhan politik dan kerjasama yang lebih kukuh antara sektor awam dan swasta.

Kerajaan akan beri fokus bangunkan sektor EV - MITI
Liew Chin Tong berkata dasar-dasar berkaitan EV akan disemak setiap beberapa bulan untuk menyokong pertumbuhan subsektor ini.

Malaysia perlu belajar dari China untuk lonjakkan ekonomi - MITI
Malaysia perlu belajar dari China untuk melonjakkan ekonominya, terutamanya dari segi inovasi teknologi dan pembuatan.

Jadikan Greater Johor Bahru wilayah metropolitan kedua selepas Lembah Klang - Chin Tong
Wilayah Metropolitan Iskandar Malaysia merupakan salah satu pusat pertumbuhan ekonomi utama negara ini dan telah menjadi tumpuan pelabur, pengusaha, dan penduduk dalam beberapa tahun terakhir.

NIMP 2030 gariskan idea pacu masa depan sektor perindustrian negara - Liew
Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) bakal menggariskan antara lainnya idea-idea bagi memacu masa depan sektor perindustrian negara.

MITI galakkan ESG, kemampanan melalui NIMP 2030
Dengan peningkatan produktiviti, pemain industri boleh meningkatkan daya saing dan membayar gaji pekerja mahir dengan lebih baik.

Timbalan Menteri MITI ketuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Perdagangan APEC
Liew Chin Tong akan mengetuai delegasi Malaysia pada Mesyuarat Menteri-Menteri Bertanggungjawab untuk Perdagangan (MRT) APEC Ke-29 dari 25 Mei hingga 26 Mei, 2023, di Detroit, Amerika Syarikat (AS).