Malaysia sudah bersedia melaksanakan penerapan ilmu sains dan inovasi sebagai teras pembangunan negara yang lestari.

Tidak dapat dinafikan lagi, negara ini telah berkecimpung secara aktif bersama-sama ketua dan pakar sains global dan innovasi semenjak lima tahun yang lalu dalam memainkan peranannya sebagai ‘game changer’ dan sekarang ini ianya sudah bersedia untuk bertindak demi kemajuan strategik dalam bidang sains and teknologi.

Naib Presiden Eksekutif Akademi Sains New York (NYAC) TC Westcott yang berperanan sebagai sekretariat bersekutu untuk Majlis Penasihat Sains dan Inovasi global (GSIAC) bersama-sama dengan Unit Khas Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT), berkata Malaysia sudah bersedia Malaysia begitu bersedia untuk melaksanakan segala perancangan inovasi dan sains dalam memakmurkan masyarakatnya untuk hidup secara lestari.

“Salah satu perkara utama yang kami lakukan di Akademi dan saya percaya menjadi diadaptasi ke dalam tugas kami di GSIAC adalah kesiapsiagaan untuk pelan tindakan itu. Kami bukan sahaja mahu membawa sekumpulan individu bersama-sama di dalam sebuah bilik hanya untuk bercakap sahaja.

“Apa yang kami mahu adalah mendorong mereka untuk bertindak berdasarkan percakapan yang mereka utarakan. Ini adalah elemen paling utama dalam apa yang dilakukan NYAS dan GSIAC. Matlamat utama kami adalah mengambil sains dan menggunakannya untuk memajukan agenda pembangunan Malaysia, negara itu sendiri dan rakyatnya. Kami percaya yang kami telah berjaya mencapai matlamat itu,” kata Wescott.

Beliau ditemui dalam satu temuramah bersama pengarang Astro AWANI di Manhattan, di sini pada Jumaat sejurus selepas beliau mempengerusikan mesyuarat koordinasi jawatankuasa persediaan Mesyuarat Tahunan Kelima GSIAC Kelima di ibu pejabat NYAS di Manhattan di sini, pada Jumaat.

Westcott turut menegaskan GSIAC telah berjaya mencapai objektif untuk menempatkan ahli sains dan inovasi terkenal dari seluruh dunia (dari sektor awam dan swasta) bagi memberi dalam memastikan kesinambungan kemajuan pesat bidang sains dan teknologi.

“GSIAC sudah mencapai banyak kemajuan dalam bahagian pelan tindakan. Persoalannya sekarang ialah, bagaimana kita harus maju dan terus bergerak ke hadapan. Bagaimana pula kita dapat pastikan kesediaan satu ekosistem untuk inovasi? Inovasi bukan tercetus begitu sahaja.”

Pendidikan adalah salah satu bidang utama dalam menjayakan pelan pembangunan dalam bidang inovasi dan sains, tegas Wescott.

“Sudahpun ada organisasi di Malaysia hari ini yang komited untuk pembangunan pembelajaran awal kanak-kanak dan mereka nyata berhasrat untuk terus memajukan agenda ini. Ini begitu getir untuk dimulakan sekarang.

“Jika persekitaran sesuai pembelajaran untuk seribu hari pertama tidak tersedia, jika kemajuan pendidikan kanak-kanak selepas itu tidak ada kesinambungan bersesuaian, maka kita tidak akan memupuk warganegara yang akan mampu menyelesaikan masalah yang belumpun ditemui lagi.

"Sains dan teknologi memberi jawapan kepada masalah. Itulah kelebihan inovasi dan jika kita tidak melatih generasi masa depan, tidak akan wujud pencipta inovasi,” katanya lagi.

Mesyuarat tahunan kelima GSIAC bakal berlangsung pada 28 September dengan dipengerusikan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Fokus utama pertemuan hampir 50 pakar-pakar antarabangsa sektor awam, korporat dan masyarakat sivil di Hotel Marriott (East Side) di sini ialah terhadap laporan penilaian GSIAC, teras sains dan inovasi dalam Rancangan Malaysia ke-11 dan semakan OECD pada polisi inovasi negara.