KUALA LUMPUR: Malaysia sebagai peneraju dalam industri halal telah menetapkan penanda aras ke arah menegakkan integriti dan nilai halal melalui sains dan inovasi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Nai'm Mokhtar berkata untuk itu, Malaysia menyasarkan untuk memperluas capaian pasaran halal secara kolektif dan memastikan manfaat ekosistem halal yang teguh melangkaui sempadan negara.
"Komitmen Malaysia dalam industri halal bukan hanya mengenai pertumbuhan ekonomi, tetapi ia berakar umbi dalam nilai dan prinsip kami.
"Jabatan Perdana Menteri melalui usaha dedikasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kekal teguh dalam komitmen kami untuk menegakkan integriti dan ketulenan ekosistem halal," katanya pada persidangan International Halal Science Conference (IHASC) 2023 di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.
Mohd Na'im berkata tema IHASC 2023, "Kelestarian Industri Halal Melalui Sains" juga seiring dengan matlamat Malaysia apabila negara mengiktiraf peranan sains dan inovasi dalam melestarikan industri halal yang berdaya tahan dan berkembang maju.
"Kami berhasrat untuk melahirkan idea baharu dan kreatif berkaitan halal dan sains daripada persidangan ini.
"Industri halal tidak seharusnya terhad kepada konsep halal semata-mata, tetapi juga perlu kreatif dan inovatif dalam penyampaiannya, seiring dengan kemajuan sains dan teknologi, Islam tidak menentang sains, selagi prinsip halal tetap utuh," katanya.
Persidangan dua hari itu turut menyaksikan 57 peserta membuat pembentangan termasuk Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura, Arab Saudi, Switzerland dan Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023
Mohd Nai'm berkata Malaysia menyasarkan untuk memperluas capaian pasaran halal secara kolektif dan memastikan manfaat ekosistem halal yang teguh melangkaui sempadan negara. -Gambar fail/sinardaily.my
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Perluas industri halal Malaysia melangkaui pensijilan - PM
Perdana Menteri berkata industri ini mempunyai potensi yang besar dengan nilai dagangan halal dunia mencecah berbilion dolar.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.
Malaysia komited bantu isu halal, martabat Islam di Brazil - PM
Malaysia juga kata Anwar, akan menggerakkan usaha membantu aktiviti masjid tunggal di Rio de Janeiro iaitu Masjid Luz.
Malaysia-UAE kukuhkan komitmen hubungan dua hala
Antara yang turut dibincang adalah potensi kerjasama dalam sektor logistik dan pengurusan pelabuhan khususnya dalam penggunaan teknologi AI.
Pakistan, Malaysia komited kukuhkan perkongsian manfaat bersama – PM Anwar
Malaysia dan Pakistan menyatakan komitmen untuk mengukuhkan perkongsian bermanfaat bersama termasuk meningkatkan hubungan perdagangan dua hala.
Pameran produk halal perlu diselaras agar impak meluas - Ahmad Zahid
Beliau berkata Malaysia mempunyai pelbagai pameran produk halal antaranya MIHAS, Halfest, dan KUD, namun tujuannya hanya satu iaitu memenuhi pasaran domestik dan antarabangsa.
Malaysia dijangka bawa masuk pelaburan baharu dalam sektor halal dari China
Malaysia dijangka berpotensi untuk membawa masuk pelaburan baharu dari China dalam industri halal melalui Forum Perniagaan Halal Malaysia-China yang diadakan di bandar raya ini.
Industri halal berpotensi pacu pertumbuhan ekonomi Timor-Leste - TPM Ahmad Zahid
Industri halal berpotensi menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi Timor-Leste, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).