BANGKOK: Malaysia berminat menjalin kerjasama pertahanan dengan Thailand termasuk dalam menghasilkan produk pertahanan untuk memajukan industri pertahanan negara, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abd Aziz.
Selaras dengan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN) yang dijangka dilancarkan Oktober ini, beliau berkata Malaysia sedia belajar dari Thailand yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam industri pertahanan.
Beliau memberi contoh Malaysia boleh belajar daripada Defence Technology Institute (DTI), sebuah sayap khas di bawah Kementerian Pertahanan Thailand yang terlibat dalam usaha membangunkan produk pertahanan.
"Kita boleh belajar daripada DTI yang bekerjasama dengan pihak swasta untuk membangunkan produk pertahanan yang boleh digunakan agensi-agensi keselamatan dalam negara di samping itu ia boleh dieskport ke negara-negara ASEAN dan lain.
"Selain itu, syarikat-syarikat Malaysia dan Thailand boleh bekerjasama dalam beberapa bidang dalam industri pertahanan termasuk perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat (MRO), industri drone dan persenjataan," katanya kepada Bernama.
Muez yang kini dalam lawatan kerjanya ke Bangkok, Thailand telah membuat kunjungan hormat terhadap Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Thailand Jen Worakiat Rattananont selain Pengerusi Lembaga Pengarah DTI Jen Porpol Maneerin dan juga Ketua Pengarah DTI Jen Choochart Buakhao.
Selain itu, Muez juga melawat kilang Chaiseri Defense Co Ltd, sebuah syarikat pertahanan swasta yang dikawal selia Kementerian Pertahanan Thailand yang menghasilkan kenderaan ketenteraan (military vehicle) dan dieskport ke sekurang-sekurang 44 negara setakat ini.
Beliau berkata Malaysia boleh menjalin kerjasama dengan syarikat pertahanan swasta itu yang mempunyai pengalaman lebih 50 tahun dalam bidang pertahanan.
Muez turut mengadakan perbincangan dengan Worakiat berhubung Rondaan Selat Melaka (Malacca Straits Patrol - MSP) melibatkan empat negara - Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.
"Saya telah menghantar satu surat kepada Worakiat bahawa kita akan menyediakan terma-terma rujukan bagi MSP.
"Selain itu, satu tarikh akan dimuktamadkan agar menteri pertahanan keempat-empat negara itu bermesyuarat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 28 2022

Muez juga melawat kilang Chaiseri Defense Co Ltd, sebuah syarikat pertahanan swasta yang dikawal selia Kementerian Pertahanan Thailand. --fotoBERNAMA

AWANI Ringkas: Petaling Jaya, Manjung, Kluang bandar paling bahagia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Hannah bantu siasatan polis program Jom Ziarah Gereja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Haji: Layanan dan perkhidmatan sama kepada jemaah B40, M40, T20
Perkara yang membezakan ialah bayaran mereka atas dasar kelayakan kemampuan.

Misi kemanusiaan di Turkiye, Syria beralih ke fasa pemulihan - Mercy Malaysia
Situasi bencana gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria kini masuk fasa pemulihan sejak gempa bumi dasyat melanda negara berkenaan pada 6 Februari lalu.

Menteri harap Iron Maiden, Metallica kembali lagi buat konsert di Indonesia
Kemasukan artis antarabangsa boleh lonjak sektor pelancongan muzik.

Rupert Murdoch bakal berkahwin kali kelima pada usia 92 tahun
Kedua-dua pasangan ini bertemu pada bulan September tahun lalu dalam satu acara di ladang Murdoch di California.

Bekas polis sebak kenang tragedi dalam serangan hendap Komunis
Mohammad Noh yang berusia 19 tahun ketika itu terpaku melihat ketua platun dikenali sebagai 'Sarjan Lee' berada tidak jauh darinya, mati ditembak.

Sasaran Sukan SEA perlu realistik, bukan 'syok sendiri' - CDM
Sasaran pingat yang diberikan perlu berdasarkan prestasi semasa atlet, bukannya sekadar untuk memuaskan mana-mana pihak.

Banjir Johor: 8,952 mangsa ditempatkan di 46 PPS
Banjir di Johor semakin pulih apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 8,952 di 46 PPS.

'Ramai tak minat naik komuter sebab lambat'
Kesan ketara jumlah penumpang komuter menjunam kerana ramai yang tidak sanggup menunggu lama.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mac 2023.

Skor Indeks Belia Malaysia harus dipertingkat - Ahmad Zahid
Pencapaian skor indeks itu pada tahun lepas adalah lebih rendah iaitu pada 58.4 peratus berbanding 60.31 peratus pada 2021.

MIDF Research kekal unjuran eksport, import pada 9.2 dan 9.5 peratus tahun ke tahun
Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 11 peratus tahun ke tahun kepada RM205 bilion pada Februari.

Jualan kenderaan pada Februari 2023 naik 39 peratus kepada 62,649 unit - MAA
Jualan kenderaan di Malaysia melonjak 39 peratus kepada 62,649 unit pada Februari tahun ini berbanding 45,062 unit pada bulan yang sama tahun lalu.

Laine harap tampil keupayaan sebenar bersama Harimau Malaya
Pemain warisan Malaysia-Finland, Nooa Laine,berharap panggilan pertamanya menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya akan menjadi platform untuk menunjukkan keupayaannya.

Petaling Jaya, Manjung dan Kluang antara bandar paling bahagia di Malaysia - Kajian
Bandar raya Petaling Jaya, Manjung dan Kluang diiktiraf sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia 2022 di Malaysia sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia yang jatuh pada 20 Mac setiap tahun.

Perdagangan Februari Malaysia naik 11 peratus, eksport meningkat 9.8 peratus
MITI dalam kenyataan hari ini berkata import pada bulan yang sama bertambah 12.4 peratus kepada RM92.71 bilion.

Tindakan gantung pengadil, langkah proaktif FAM
Tindakan penggantungan ke atas pengadil yang mengadili aksi Liga Super antara Sabah FC dan Penang FC Jumaat lepas, disifatkan satu langkah proaktif diambil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Presiden Singapura tiba di Malaysia sempena lawatan negara
Kunjungan beliau itu sebagai lawatan balas selepas menerima undangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengunjungi Singapura pada Oktober 2022.

Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan
Pada 9.25 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI turun 9.83 mata atau 0.70 peratus kepada 1,401.90 daripada 1,411.73 pada penutupan urus niaga Jumaat.