awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia minta agar Kanada berikan kemudahan pengecualian visa

Bernama
Bernama
10/10/2024
14:31 MYT
Malaysia minta agar Kanada berikan kemudahan pengecualian visa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia telah meminta agar Kanada dapat memberikan kemudahan pengecualian visa secara timbal balik. - Foto BERNAMA
VIENTIANE: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia telah meminta agar Kanada dapat memberikan kemudahan pengecualian visa secara timbal balik.
Permintaan itu disampaikan kepada rakan sejawatannya dari Kanada Justin Trudeau semasa mesyuarat dua hala di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan, di sini hari ini.
Dalam isu lain, Perdana Menteri berkata Malaysia mengalu-alukan penubuhan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber (CCoE) BlackBerry di Cyberjaya, yang akan mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua negara dalam aspek keselamatan siber.
CCoE Malaysia yang ditubuhkan pada 26 Mac lepas berpotensi menjadi destinasi antarabangsa bagi menangani ancaman siber yang muncul.
Anwar turut berkata Malaysia berharap memorandum persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama Pertahanan antara kedua-dua negara dapat dirumuskan seawal mungkin.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan yang bermula secara rasmi semalam akan berlangsung sehingga esok.
Laos sebagai Pengerusi ASEAN 2024 akan menyerahkan jawatan kepada Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi 2025.
Malaysia secara rasmi akan menjadi Pengerusi ASEAN bermula 1 Jan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ASEAN
#Justin Trudeau
#Perdana Menteri
#Kanada
#Visa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan