awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia mohon kos ujian, rawatan TB dikaji semula

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
27/09/2018
01:01 MYT
Malaysia mohon kos ujian, rawatan TB dikaji semula
Dr Dzulkefly berkata, Malaysia mengiktiraf kerjasama di antara sektor awam dan swasta sebagai antara faktor penting bagi kejayaan rawatan TB. - Gambar fail
Malaysia komited untuk terus melaksanakan, memantau dan menilai strategi yang dicadangkan dalam Rancangan Strategik Kebangsaan untuk Kawalan Tuberkulosis (TB) 2016-2020.
Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kos ujian dan rawatan yang tinggi melibatkan penyakit TB perlu dikaji semula.
“Saringan sistematik kepada kumpulan berisiko tinggi bagi mendapat TB telah dilaksanakan sejak tahun 2015 lagi.
“Malaysia sebagai negara berpendapatan menengah atas berpendapat bahawa kos bagi ujian molekular pesat dan rawatan anti-TB untuk jangkitan TB yang rintang terhadap rawatan antibiotik harus dikaji semula, agar lebih ramai pesakit boleh mendapat manfaat daripada ujian dan rawatan ini,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Peringkat Tertinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berhubung Memerangi Tuberkulosis.
Tambah beliau, penyakit TB kekal sebagai salah satu aspek kesihatan awam yang penting dan mencabar untuk dikawal di Malaysia.
Katanya, bebanan penyakit TB bagi Malaysia adalah masih signifikan, di mana pada 2017 kadar notifikasi adalah 81 bagi setiap 100,000 penduduk dan kadar kematian pula sebanyak 6.5 bagi setiap 100,000 penduduk.
Malah, Malaysia juga mengiktiraf kerjasama di antara sektor awam dan swasta, selain sokongan sosio-ekonomi dan psikososial daripada komuniti adalah antara faktor penting bagi kejayaan rawatan TB, serta pengurangan stigma dan diskriminasi terhadap pesakit TB.
Selain itu, katanya Malaysia juga telah mengukuhkan kapasiti dan kolaborasi penyelidikan melalui peningkatan jaringan penyelidikan, rangkaian kolaborasi dan inovasi dengan pemegang taruh yang lain.
Topic Berkaitan
#antibiotik
#Dzulkefly Ahmad
#jangkitan
#kesihatan
#kesihatan awam
#kos
#kos rawatan
#kos ujian
#menteri
#PBB
#penyakit
#risiko tinggi
#TB
#tuberkulosis
#ujian molekular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan