Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri

Malaysia naik 19 anak tangga ke kedudukan ke-88 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2025 - RSF

Bernama
Bernama
02/05/2025
07:30 MYT
Malaysia naik 19 anak tangga ke kedudukan ke-88 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2025 - RSF
Dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia kini berada di kedudukan kedua tertinggi, di belakang negara jiran Thailand, yang berada di tangga ke-85. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Malaysia meningkatkan kedudukan dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2025 dengan melonjak 19 anak tangga ke kedudukan ke-88, menurut penilaian terkini Reporters Without Borders (RSF).

Ringkasan AI
  • Malaysia melonjak 19 anak tangga dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2025, berada di kedudukan ke-88 dengan skor 56.09, menunjukkan pemulihan berbanding tahun sebelumnya.
  • Malaysia kini berada di tempat kedua tertinggi dalam kalangan negara ASEAN, selepas Thailand (ke-85), dan mengatasi negara-negara seperti Brunei, Filipina, Singapura, Indonesia, Laos, Kemboja, Myanmar, dan Vietnam.
  • Indeks Kebebasan Media Dunia menilai 180 negara berdasarkan faktor utama seperti persekitaran politik, perlindungan undang-undang, kebebasan editorial, ketelusan, dan keselamatan wartawan.

Negara mencatatkan 56.09 mata tahun ini, menandakan pemulihan berbanding 2024 apabila Malaysia berada pada kedudukan ke-107 dengan skor 52.07.
Dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia kini berada di kedudukan kedua tertinggi, di belakang negara jiran Thailand, yang berada di tangga ke-85.
Brunei pula berada di tempat ke-97, diikuti Filipina (ke-116), Singapura (ke-123), Indonesia (ke-127), Laos (ke-150), Kemboja (ke-161), Myanmar (ke-169), dan Vietnam (ke-173).
Indeks Kebebasan Media Dunia menilai tahap kebebasan media di 180 negara berdasarkan pada indikator utama termasuk persekitaran politik, perlindungan undang-undang, kebebasan editorial, ketelusan, dan keselamatan wartawan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indeks Kebebasan Media Dunia 2025
#Malaysia melonjak
#Reporters Without Borders
#RSF
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami