awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri

Seth Akmal
Seth Akmal
25/12/2025
15:24 MYT
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
"Terima kasih Perlis," kata-kata ringkas daripada Mohd Shukri beberapa jam selepas beliau meletakkan jawatan selaku Menteri Besar. - Foto Facebook Mohd Shukri.
KUALA LUMPUR: “Amanah boleh berganti, namun khidmat dan doa untuk negeri ini tidak akan pernah terhenti,” kata Mohd Shukri Ramli.
Bait kata-kata ringkas itu disampaikan oleh Mohd Shukri melalui Facebook rasminya selepas beberapa jam meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis secara sukarela hari ini.
Pada masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada warga Perlis di atas kepercayaan yang diberikan sepanjang tempoh pentadbirannya sejak mengangkat sumpah selaku Menteri Besar pada 22 November 2022.
Terdahulu, beliau telah telah menyembah maklum surat perletakan peletakan jawatan kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Dalam sidang media pada Khamis, Mohd Shukri menyatakan bahawa keputusan tersebut dibuat atas faktor kesihatan dirinya yang tidak mengizinkan.
Media sebelum ini melaporkan beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 22 Disember, susulan mengalami sakit dada selepas pulang daripada urusan luar negara.
Sementara itu, semalam Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, mengumumkan keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis iaitu Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) terhenti berkuat kuasa serta-merta.
Difahamkan, lima ADUN Bersatu dan tiga ADUN Pas telah menyerahkan akuan bersumpah (SD) kepada Raja Perlis bagi menyatakan hilang keyakinan terhadap Mohd Shukri.
Untuk rekod, Mohd Shukri merupakan Menteri Besar Perlis yang pertama daripada Pas selepas Perikatan Nasional berjaya menerajui negeri itu pada Pilihan Raya Utama (PRU) ke-15 menewaskan Barisan Nasional.
PN memenangi 14 daripada 15 kerusi sekali gus memperoleh majoriti dua pertiga, dengan Pas sembilan kerusi dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) lima, manakala Pakatan Harapan hanya menang satu kerusi menerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Topic Berkaitan
#PAS
#Perlis
#ADUN
#Mohd Shukri Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan