Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Disember 2025.
Jika mahu melaksanakan hukuman tahanan di rumah, perkara tersebut perlu dibentang, dibahas dan diluluskan parlimen agar ia menjadi satu undang-undang berkuatkuasa, kata penganalisis politik, Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.
Selepas sekitar empat bulan pemergian bapa tercinta ke rahmahtullah, pasangan adik beradik yang juga penyanyi terkenal tanah air, Ziana Zain dan Anuar Zain kini kehilangan ibu mereka pula.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Rus'ele Eizan mengesahkan kekosongan luar jangka telah berlaku di tiga DUN negeri itu, pada Khamis.
Siasatan SPRM berhubung perolehan Tentera Darat Malaysia mendedahkan hanya beberapa syarikat terpilih dikenal pasti kerap memperoleh projek bernilai tinggi, sekali gus menimbulkan keraguan.
5. Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
5. Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Suspek dalam kes penemuan mayat Suri Narudin yang ditemukan dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah di Pedas 18 Dis lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Tampin, esok.
6. MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
6. MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli mengesahkan bahawa telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis secara sukarela.
7. Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Pas mengutamakan prinsip dan integriti parti walaupun keputusan ini berisiko menjejaskan kestabilan kerajaan Perlis.
Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Pas mengutamakan prinsip dan integriti parti walaupun keputusan ini berisiko menjejaskan kestabilan kerajaan Perlis.
Kerajaan MADANI terus komited memacu kesejahteraan rakyat Sarawak melalui pelaburan strategik, pembangunan ekonomi inklusif serta pewujudan peluang pekerjaan baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan skuad Harimau Malaya.
Nasib sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibebaskan atau disabitkan kesalahan dalam empat kes rasuah dan 21 pengubahan wang haram (AMLA) berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), akan diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


