PUTRAJAYA: Malaysia optimis resolusi pada Sesi Tergempar Khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) untuk menghentikan segera serangan rejim Israel dan menyegerakan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza mendapat sokongan.
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata optimisme itu adalah setelah mengambil kira jumlah negara yang hadir pada sesi tergempar berkenaan yang diharapkan berakhir dengan keputusan yang baik untuk mendesak rejim Israel menghentikan serangan yang mengorbankan ribuan rakyat Palestin.
Zambry berkata beliau telah memaklumkan kepada Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Ahmad Faisal Muhamad supaya menyampaikan pendirian Malaysia memandangkan lebih 100 negara telah menyatakan kesediaan untuk turut serta.
"Kita harapkan akhirnya nanti negara-negara yang terlibat akan memberikan sokongan tegas berpandukan kepada Resolusi Jordan iaitu antaranya menghentikan serangan membabi-buta (di Gaza) dan dihantar bantuan kemanusiaan dengan segera," katanya kepada media selepas melancarkan Kempen Sumbangan Perkhidmatan Awam kepada Palestin peringkat Kementerian Luar, di sini hari ini.
Ditanya langkah seterusnya sekiranya keputusan yang diharapkan tidak menjadi, Zambry berkata tidak usah kecewa kerana usaha akan terus dilakukan melalui pendekatan lain untuk terus memberi tekanan kepada rejim Israel.
Beliau berkata hujah Israel yang mendakwa mereka ada hak mempertahan diri tidak boleh diterima kerana ia tidak mengikut undang-undang antarabangsa, serta situasi juga berbeza dengan jumlah mangsa di Palestin akibat serangan Israel.
"Dalam masa yang sama tindakan-tindakan yang cuba memekakkan telinga dan membutakan mata daripada kuasa-kuasa besar terhadap kekejaman yang dilakukan di luar batas kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa. Kita perlu terus mendesak dan Malaysia akan terus memainkan peranan bersama negara lain yang sependapat dalam usaha ini," katanya.
Mengenai kesediaan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestin, Zambry berkata kerajaan tidak menghalang mana-mana pihak untuk berbuat demikian namun sebarang sumbangan sebaik-baiknya dihantar melalui Wisma Putra.
Ini kerana Ketua Pegawai Eksekutif Bulan Sabit Merah di Mesir yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus proses penghantaran bantuan menyatakan kesulitan penghantaran ketika ini memandangkan hanya antara 15 dan 20 trak sahaja dibenarkan walaupun Palestin memerlukan sekurang-kurangnya 200 trak penghantaran bantuan sehari, katanya.
Beliau berkata Malaysia telah bersedia untuk menghantar 50 tan barangan bantuan kemanusiaan dan proses itu akan dilaksanakan segera selepas dibenarkan masuk memandangkan lapangan terbang El Arish di Mesir dilaporkan masih sesak.
Zambry berkata Wakil Tetap Malaysia ke PBB juga telah memaklumkan bahawa PBB meminta Malaysia supaya menghantar produk petroleum dan sarung tangan yang amat diperlukan ketika ini.
"Barangan terdesak itu sedang diuruskan untuk dihantar ke sana secepat mungkin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 27 2023
Zambry berkata optimisme itu adalah setelah mengambil kira jumlah negara yang hadir pada sesi tergempar berkenaan yang diharapkan berakhir dengan keputusan yang baik. - Astro AWANI/Shahir Omar
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Malaysia optimis resolusi pada sesi tergempar UNGA dapat sokongan
Optimisme itu setelah mengambil kira jumlah negara yang hadir pada sesi berkenaan yang diharapkan berakhir dengan keputusan yang baik.