awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia pamer buah-buahan premium tempatan, perkenal rasa tropika di Namibia

Bernama
Bernama
13/05/2025
01:40 MYT
Malaysia pamer buah-buahan premium tempatan, perkenal rasa tropika di Namibia
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Windhoek pada Isnin menganjurkan edisi ketiga program Promosi Buah-Buahan dan Makanan, kali ini memperkenalkan buah-buahan premium tempatan yang popular kepada pasaran Namibia.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Windhoek pada Isnin menganjurkan edisi ketiga program Promosi Buah-Buahan dan Makanan, kali ini memperkenalkan buah-buahan premium tempatan yang popular kepada pasaran Namibia.
Antara buah-buahan tropika yang dipamerkan termasuk durian Musang King, mangga Harum Manis, nangka madu, jambu lohan dan limau bali, yang menambat selera kira-kira 200 tetamu yang hadir pada majlis itu di Suruhanjaya Tinggi Malaysia.
Kuasa Usaha Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Namibia, Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya berkata dalam satu kenyataan, program itu menandakan langkah penting dalam usaha Malaysia memperkenalkan buah-buahan premium tempatan ke pasaran tempatan Namibia.
Beliau berkata, inisiatif itu turut bertujuan mengukuhkan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Namibia, khususnya dalam sektor pertanian, dengan membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Namibia menjadi pengedar buah-buahan dan produk makanan Malaysia di negara itu dan pasaran Afrika sekitarnya.
Beliau turut memaklumkan, perbincangan sedang diadakan bersama pihak berkuasa pertanian Namibia dan pengedar yang berminat bagi membawa masuk buah-buahan lain.
Demonstrasi masakan menggunakan buah-buahan tropika turut diadakan semasa program tersebut.
Program pada Isnin itu meneruskan kejayaan dua edisi terdahulu yang telah dianjurkan pada Mei dan Julai 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#namibia
#promosi buah-buahan
#Musang King
#Suruhanjaya Tinggi Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan