awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
MBPP aktifkan OPS Payung bagi tangani kesesakan sempena musim cuti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Malaysia penting, tapi Johor dan JDT diutamakan' - TMJ

Ashwad Ismail
Ashwad Ismail
16/10/2015
12:12 MYT
'Malaysia penting, tapi Johor dan JDT diutamakan' - TMJ
TMJ: Malaysia penting bagi saya, tetapi Johor dan JDT sentiasa saya utamakan.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan kenyataannya selama ini yang dilihat bersifat kenegerian adalah cerminan tanggungjawabnya kepada rakyat negeri Johor.
Dalam satu temubual bersama sebuah laman web sukan FourthOfficial.com, Tunku Ismail mengingatkan bahawa semua pihak perlu sedar tentang apa yang diwarisi selama ini dan sejarah penyertaan Johor di dalam Persekutuan Tanah Melayu serta haknya dalam sistem bernegara.
"Rakyat patut tahu, bahawa kekusutan di negara kita sekarang ini tiada kaitan dengan keluarga DiRaja Johor. Sejak sekian lama kita telah berdiri teguh, berdikari dan bijak.
"Kita menyertai Persekutuan Tanah Melayu pun dengan kedua belah pihak bersetuju dengan syarat-syarat tertentu, dan sekiranya terdapat syarat-syarat tersebut dilanggar, kita berhak menarik diri," katanya
Tunku Ismail menjawab persoalan sama ada segala kenyataannya sebelum ini akan menimbulkan perpecahan di peringkat nasional.
"Saya bakal menjadi Sultan negeri ini dan tanggungjawab utama saya adalah rakyat negeri Johor. Malaysia penting bagi saya, tetapi Johor dan JDT sentiasa saya utamakan," katanya.
Tambahnya, Johor bukan sekadar bola sepak dan beliau tidak peduli dengan pihak yang menyangka JDT sebagai satu alat politik.
"Ianya merupakan satu saluran untuk menyatupadukan rakyat dan menggalakkan perpaduan dalam masyarakat.
Jadi, saya tidak peduli kalau orang menyangka saya menggunakan JDT sebagai satu alat politik, memang itulah yang saya lakukan. Saya tiada apa hendak disembunyikan," katanya.
Topic Berkaitan
#JDT
#Johor
#TMJ
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan