awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa tumbuk pekerja OKU restoran makanan segera
[KOLUMNIS] CTP: Model pembangunan komuniti berasaskan data sebenar
Terbuka Malaysia 2026: Pearly-Thinaah tersingkir, gagal ulangan pencapaian Sukan SEA 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perkenal manual kecemasan untuk rakyat di Indonesia

Bernama
Bernama
19/11/2025
14:22 MYT
Malaysia perkenal manual kecemasan untuk rakyat di Indonesia
Buku itu diterbitkan sebagai rujukan untuk rakyat, pelajar serta pegawai kerajaan yang berkemungkinan berdepan kecemasan. - Facebook Education Malaysia Indonesia
JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada Rabu melancarkan buku Garis Panduan Pengurusan Bencana dan Kecemasan sebagai panduan dan rujukan membantu warga Malaysia di Indonesia meningkatkan kesiapsiagaan dan keupayaan pengurusan kecemasan.
Buku terbitan Education Malaysia Indonesia (EMI), sebuah unit di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, disediakan sebagai rujukan untuk rakyat, pelajar serta pegawai kerajaan yang berkemungkinan berdepan kecemasan.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin serta Timbalan Ketua Perwakilan Farzamie Sarkawi dan Pengarah EMI Dr Hasnul Faizal Hushin Amri menyempurnakan majlis majlis pelancaran.
Hasnul Faizal berkata buku mengandungi panduan langkah demi langkah bagi fasa pra-bencana serta tindakan sebelum, semasa dan selepas sesuatu insiden serta memperincikan prosedur khusus bagi penyakit berjangkit dan kecemasan kritikal lain.
"Buku itu menghimpunkan panduan lengkap merangkumi fasa pra-bencana, sebelum, semasa dan selepas insiden, termasuk prosedur khusus bagi penyakit berjangkit dan kecemasan kritikal lain.
"Kami berharap penerbitan ini dapat menyokong usaha kerajaan memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga Malaysia di luar negara melalui garis panduan yang jelas, komprehensif dan mudah diguna pakai," katanya kepada Bernama.
Ketua-ketua agensi kerajaan di kedutaan yang hadir menyambut baik inisiatif itu sebagai rujukan standard untuk memperkukuh koordinasi serta tindakan kecemasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#manual kecemasan
#rakyat Malaysia
#Indonesia
#Syed Mohamad Hasrin
#bencana
#kecemasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan