awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perkukuh kerjasama ASEAN-India di bawah Kepengerusian 2025

Bernama
Bernama
13/03/2025
22:00 MYT
Malaysia perkukuh kerjasama ASEAN-India di bawah Kepengerusian 2025
Kedua-dua pihak menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang politik-keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya. - Gambar Wisma Putra
KUALA LUMPUR: Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dalam bidang utama termasuk keselamatan siber, tadbir urus digital, perdagangan serta pembangunan mampan, sejajar dengan keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan "Keterangkuman dan Kemampanan".
Cadangan itu dikemukakan semasa Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN-India ke-27 (AISOM) yang diadakan di Manila pada 11 dan 12 Mac, yang menyaksikan Ketua Pengarah Sekretariat Nasional ASEAN-Malaysia, Datuk Zanariah Zainal Abidin, mengetuai delegasi Malaysia.
Menurut Kementerian Luar, mesyuarat itu menilai Pelan Tindakan ASEAN-India (2021-2025) serta membincangkan pembangunan Pelan Tindakan pengganti yang akan menentukan hala tuju Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-India bagi tempoh lima tahun akan datang.
Kedua-dua pihak menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang politik-keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya.
"Malaysia berkongsi keutamaannya di bawah Kepengerusian ASEAN 2025 yang berteraskan tema 'Keterangkuman dan Kemampanan.'
Sehubungan itu, Malaysia menekankan kepentingan mempertingkatkan kerjasama ASEAN-India dalam bidang keselamatan siber, perlindungan data dan tadbir urus digital, perdagangan dan pelaburan, ekonomi digital, penyelesaian 'fintech', bandar pintar, keterjaminan makanan, pelancongan mampan, tenaga mampan dan penyesuaian iklim, pengurusan bencana, pendidikan serta kemahiran digital," menurut kementerian dalam hantaran di Facebook pada Khamis.
Mesyuarat itu turut bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa, termasuk Pandangan ASEAN terhadap Indo-Pasifik (AOIP), situasi di Myanmar, Laut China Selatan serta isu Palestin.
"Malaysia sekali lagi menegaskan komitmennya dalam menggalakkan keterangkuman, kemampanan serta keamanan dan kestabilan serantau melalui mekanisme yang diterajui ASEAN," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Facebook
#Kementerian Luar
#keselamatan siber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan